Sunday, November 27, 2011
Apabila Meminati Seseorang
"Senyum je memanjang...ade ingat kat sesape ke?" Tegur kawanku. Aku tak perasan pulak sejak bila dia tenung aku.
"Ehhh... Zatel. Hehehe.... takdelah. Teringat sesuatu je." Balasku tersipu-sipu sambil membelek buku dengan otak yang kosong.

Entahlah. Sejak semenjak ini aku tidak tahu apa yang sedang bermain di kotak fikiran. Melayang entah ke mana. Ada sesuatu yang telah mencuit hati dan perhatianku. Walaupun terasa gatal menyibukkan diri dengan tugasan amanah tetapi tanpa diundang bayangan tersebut sering juga muncul dengan muka tidak tahu malunya.
"Hemmm...... aku tak tahulah kenapa dengan aku sejak akhir-akhir ini. Aku tak pasti apa puncanya." Luah hatiku dengan nada yang lemah.
"Kau kenapa? Cuba kau 'cer citer ckit' bagi aku paham. Ada masalah hati ehhh?"
"Ish kau ni! Cepat saja menekanya. Entahlah Zatel... aku rasa aku macam dah minat 'somebody'. Walaupun pernah berjumpa dan berbincang semeja sebelum ini, tapi aku dapat rasakan sesuatu selepas berjumpa dengan dia di dalam program aritu. Lepas balik je program tu aku macam nak tahu lebih dalam pasal dia. Aku selidik biodata dia dan apa kesukaannya. Tapi bukan tahap angau lagi ye."
"Aiwahhh.... Ustazah Rahmah dah jatuh cinta ke? Milik kepunyaan siapakah hatimu wahai sahabatku? Hehe.."
"Aku tak jatuh cintalah. Aku cuma minat je. Tapi bila aku fikir fikir balik, salahkah perasaan aku ini, Zatel?"

"Adusssss....... soal hati ini aku payah sikit nak jawab. Bukan apa, aku takda pengalaman la. Tapi yang aku yakin, kalau perasaan tu suci kerana Allah SWT bukan bersadurkan pandangan nafsu, rupa, material mahu pun duniawi.. 'tafaddhol masykura ya ukhti' ".
"Aku sendiri konfius dengan perasaan aku lagi. Aku tak nak lah perasaan ini menjadi permainan syaitan sehinggakan mengganggu kekhusyukkan solat dan ibadah aku. Aku nak ia suci supaya ada keberkatan dan keredhan Ilahi. Bagaimana harus untuk aku uruskan perasaan ini?"
************************
Dilema?
Sama ada untuk melayan perasaan tersebut dan meneruskan bayangan yang tak pernah muncul?
ATAU
Mengambil langkah berani dengan mencari orang tengah yang paling beriman dan dipercayai?
ATAU
Melupakan sahaja dengan menyibukkan diri dan fokus apa yang lebih penting?
**********************
Apa pilihannya? Keliru?
Ber'syura'lah. Berbincang elok-elok dengan orang yang paling dekat dengan kita, yang dalam ilmu dan pengalamannya. Arif dan alim tentang kemahirannya.
Selepas keputusan diputuskan bersama-sama, walau apapun pilihannya; ber-istikharahlah. Mohon Allah redhai setiap keputusan yang telah kita buat.
Apa yang penting?
Kesucian jiwa.
"Benar-benar beruntunglah orang-orang yang suka mensucikan jiwanya. Dan benar-benar rugilah orang-orang yang gemar mengotorkan jiwanya." (Asy-Syams: 9-10)
Percayalah. Bahawa sesungguhnya mensucikan jiwa itu tugas paling utama bagi umat manusia yang dibawa oleh Rasullah SAW yang diutuskan oleh Allah.
Kesucian jiwa itulah tujuan utama bagi semua orang yang bertaqwa serta beriman kepada Allah. Bagi seseorang yang beroleh keselamatan dan kebahagiaan atau pun kesengsaraan. Dan kecelakaan di sisi Allah Taala itupun tergantung kepada kesucian atau kekotoran jiwa yang ada di dalam diri manusia itu sendiri.
Hanya Allah yang akan memberi penilaian namun kita wajib berusaha untuk mendapat penilaian yang baik dari Allah dengan izin dan kehendaknya.
***********************
Namun, andai kata kita sudah berusaha bersungguh-sungguh tetapi kesudahannya kita tetap dikecewakan. Bertabahlah! Itulah namanya kehidupan. dikecewakan dan mengecewakan. Dilukai dan melukai.
Friday, July 22, 2011
RaMaDhaN KaRim...Ya MarHaBaN...
Salam ramadhan karim yg bakal tiba.....
"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan keatas kamu berpuasa seperti mana yang telah di wajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu,mudah-mudahan kamu bertaqwa" surah Al Baqarah 183..
Bulan Ramadhan bakal tiba.Itulah bulan yang di tunggu-tunggu bagi orang yang dahagakan pahala terutamanya bagi golongan mereka yang bertaqwa.Sering kita di ingatkan oleh para alim ulama supaya berhati-hati dalam mengerjakan ibadah puasa supaya menjaga setiap perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa dan yang boleh membatalkan puasa.Marilah sama-sama kita meminimakan setiap perkara yang mendatangkan dosa dalam menghadapi bulan tarbiah yang telah di kurniakan oleh Allah s.w.t untuk umat Nabi Muhammad.s.a.w..SeLaMaT BeRaMaL...
Sunday, May 15, 2011
Guru, Ilmu dan Pahala
Daripada Abu Umamah al -Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus ( meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut ) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia". (Riwayat al-Tirmizi)Selamat Hari Guru kepada semua guru. Jasamu akan dikenang sepanjang hayat. Tetaplah ikhlas dan tabah memikul amanah ini kerana setiap yang engkau berikan akan memberikan kebaikan kepadamu kembali.
Guru oh Guru
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Usman Awang
1979
Selamat Hari Guru!!!...
وَلِيَعۡلَمَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَيُؤۡمِنُواْ بِهِۦ فَتُخۡبِتَ لَهُ ۥ قُلُوبُهُمۡۗ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَهَادِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬
Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus.
(Surah Al-Hajj 22: Ayat Ke 54)

Saturday, March 12, 2011
Mus'ab bin Umair : Pemuda Dakwah
Musab bin Umair adalah sahabat Rasulullah yang sangat terkenal dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman. Sebelum memeluk Islam lagi Musab terkenal sebagai orang yang berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu berlawan dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Musab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya. Musab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik beradiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Musab telah menganut Islam. Ibu dan ayahnya telah mengurung dan menyeksa Musab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya. Pujukan dan ancaman ibunya tidak berkesan. Mereka sudah habis ikhtiar lalu membebaskannya buat sementara. Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Musab, sebaliknya dia tidak jemu-jemu memujuk ibunya memeluk Islam kerana kasih pada ibunya. Musab membuat pelbagai ikhtiar tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya. Pada suatu hari Musab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesi. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Musab meninggalkan Islamnya. Cuba bayangkan bagaimana jika anda berada di tempat Musab ketika itu, berhadapan dengan ibu yang hanya hampir tinggal nyawa ikan? Apakah jawapan anda? Tergamakkah anda membiarkannya terlantar begitu? Atau apakah ada jawapan lain yang lebih menggembirakan? Dengarlah jawapan Musab kepada ibunya: Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali. Apa lagi lemahlah siibu mendengar jawapan sianak. Dengan jawapan tersebut juga, Musab dihalau daripada rumah ibunya. Tinggallah Musab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu. Untuk meneruskan kehidupannya, Musab berusaha sendiri bekerja mencari nafkah dengan menjual kayu api. Apabila sampai berita ini kepada ibunya, dia merasa amat marah dan malu kerana kebangsawanannya telah dicemari oleh sikap Musab. Adik-beradik Musab juga sering menemui dan memujuknya supaya kembali menyembah berhala. Tetapi Musab tetap mempertahankan keimanannya. Sewaktu ancaman dan seksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslim menjadi-jadi, Rasulullah telah mengarahkan supaya sebahagian sahabat berhijrah ke Habysah. Musab turut bersama-sama rombongan tersebut. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah. Kurus kering dan berpakaian compang-camping. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah. Kata-kata Rasulullah mengenai Musab sering disebut-sebut oleh sahabat: Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Musab seorang pemuda yang hidup mewah di tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Apabila ibu Musab mendapat tahu mengenai kepulangannya, dia memujuk anaknya supaya kembali kepada berhala. Dia mengutuskan adik Musab yang bernama al-Rum untuk memujuknya. Namun Musab tetap dengan pendiriannya. Bagaimanapun tanpa pengetahuan ibunya, al-Rum juga sudah memeluk Islam tetapi dia merahsiakannya. Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Musab ditugaskan memegang panji-panji Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Musab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul. Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Musab dan melibas tangan kanannya yang memegang panji-panji Islam. Musab menyambut panji-panji itu dan memegang dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Musab terus menyambut dan memeluk panji-panji itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Musab sebagai syuhada' Uhud. Abu al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan panji-panji tersebut daripada jatuh ke bumi. Abu Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Musab. Abu Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup mayat Musab. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air matanya. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur: Apabila ditarik ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu. Demikian kisah kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam. Beliau jugalah merupakan pemuda dakwah yang pertama mengetuk setiap pintu rumah di Madinah sebelum berlakunya hijrah. Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah. Musab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Musab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana dan kekurangan berbanding darjat dan kehidupan yang mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan kehidupan dalam perjuangan yang tidak pernah padam. |

Thursday, January 20, 2011
Talian-talian penting dalam hidup kita.
Assalamu'alaikum,
Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:
Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".
Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'. Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."
Atau....
Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:
"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah
sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."
Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat
respons seperti ini:
"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,
Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga &
neraka,silahkan tunggu sampai Anda tiba di sini!!"
Atau mungkin juga Anda mendengar ini :
Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok."
atau...
Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."
Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!!
Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pernah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.
Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434
2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar 3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini :
28443483
2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir
Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul"
Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil..
Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!
Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya
Sabda Rasulullah S.A..W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi
Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut"
7 Kalimah ALLAH:
1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi
sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan
menerima musibah.
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang
siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.
Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. ....
mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu... mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

Tuesday, December 14, 2010
Solat Sunat Hajat: Perlukah Berjemaah?
Oleh: Badrul Hisham bin Sulaiman
Seolah-olah sudah menjadi satu kemestian bagi masyarakat Melayu di Kelantan, apabila mereka mempunyai sebarang hajat, maka akan dijemput tok imam, beberapa orang jiran tetangga untuk datang ke rumah bagi tujuan menunaikan solat sunat hajat berjemaah. Seterusnya menjamu selera dengan sedikit hidangan yang disediakan oleh tuan rumah (empunya hajat).
Sudah berapa lama adat dan kebiasaan sebegini berkembang dalam masyarakat, saya sendiri tidak pasti kerana dari segi fakta sejarahnya tidak diketahui secara tepat bilakah ianya bermula. Maka di dalam risalah ini, saya akan cuba membuat analisa dan kajian secara ilmiyyah terhadap amalan ini; adakah semestinya ia diteruskan secara berjemaah atau memadai secara bersendirian. Atau dengan lain perkataan, cara yang mana satukah dikira lebih menepati sunnah?
Apa yang saya tulis, hanya sekadar analisa untuk membina percambahan minda. Terpulang kepada individu itu sendiri, sama ada mahu menerima atau sebaliknya. Bukanlah niat saya untuk mengubah kebiasaan yang sudah sebati dalam masyarakat, tapi sekurang-kurangnya biarlah kita benar-benar memahami sesuatu permasalahan agama dengan beramal mengikut disiplin ilmu yang memberi keyakinan.
Pensyariatan Solat Hajat
Dalil pertama:
Di dalam kebanyakan kitab-kitab Fekah Mazhab, ulamak-ulamak dalam mazhab berhujah dengan hadis Riwayat Adullah bin Abi Aufa Radhiallahu 'anh, hadis dikeluarkan oleh Ibnu Majah: Nas hadis seperti berikut:
Dari Abdillah bin Aufa Al-aslamiy katanya: Rasulullah Sallallahu Alaihi wasallam keluar (menemui kami) dan berkata: “Sesiapa yang ada sebarang hajat kepada Allah atau kepada seseorang di kalangan makhluk–Nya (manusia) maka hendaklah dia berwudhu' dan solat dua rakaat kemudian dia berkata (berdoa):
Tiada Ilah melainkan Allah yang bersifat Al-Halim dan Al-Karim, maha suci Allah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung, Segala puji bagi Allah Rabb seluruh alam, Ya Allah! Aku memohon kepada engkau wajiblah ku mendapat rahmat-Mu, kemestian memperolehi keampunan-Mu, kaya dengan segala kebajikan, selamat sejahtera dari sebarang dosa, aku memohon kepada-Mu agar tidak engkau biarkan bagiku sebarang dosa melainkan diampunkan, tiada kedukaan melainkan dilepaskannya (dariku), tiada sebarang hajat demi redha-Mu melainkan engkau tunaikannya bagiku", kemudian mintalah kepada Allah dari sebarang urusan dunia dan akhirat apa yang dia kehendaki, maka sesungguhnya Dia (Allah) yang menentukan.
Status hadis dinilai oleh As-Syaikh Nasiruddin Al-Albani di dalam Misykatu Al-Masabih sebagai Hadis maudhuk (palsu) no.hadis 1327, Di dalam Dhaif Sunan Ibnu Majah beliau menilai sebagai Dhaif Jiddan (sangat lemah) no.hadis 1384. Hadis juga dikeluarkan oleh Imam Tirmizi(397H) dan beliau menilainya sebagai lemah, kerana pada sanadnya seorang yang bernama Faid bin Abdul Rahman (seorang yang dhaif, nama asalnya Abu Al-Warqa') . Hadis yang sama dikeluarkan juga oleh Al-Hakim didalam Al-Mustadrak Ala As-Sahihain .
Seandainya hadis ini memiliki status sahih sekali pun ia tidak mempunyai sebarang qarinah (petunjuk) yang memberi isyarat bahawa solat sunat hajat ditunaikan secara berjemaah. Al-Imam An-Nawawi (676H) telah menyebut dalam Kitab Al-Majmuk Syarh Al-Muhazzab:
Satu fasal: Masalah-masalah berkaitan dengan bab solat sunat ….(Ada sepuluh perkara yang disebut…) yang keenam: tentang solat hajat daripada Ibn Abi Aufa.
Perkara seumpama ini dinyatakan di dalam kitab Asna Al-Matalib, dan di dalam kitab Syarah Muntaha Al-Iradat .
Dalil kedua:
Dari Uthman bin Hunaif Radhiallahu 'anh: Bahawa seorang lelaki buta datang kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, maka dia berkata:
Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar Dia menyingkapkan kembali pandangan mataku, Dan (Rasulullah) berkata: Atau aku biarkan engkau (terus dalam keadaan buta).
Lelaki buta berkata: Sesungguhnya telah menyukarkan aku akan kehilangan pandangan mataku ini.
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Pergilah engkau berwudhuk, kemudian solatlah dua rakaat kemudian bacalah (berdoa):
“Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada Engkau dan aku bertawajjuh (menghalakan) permintaanku kepada-Mu dengan nabiku nabi pembawa rahmat , Ya Muhammad sesungguhnya aku bertawajjub kepada Tuhanku dengan (keberkatan dirimu) agar Dia menyingkapkan mataku (mengembalikan penglihatanku)”.
Nabi berkata: “Ya Allah: Syafaat dia dengan sebab diriku, syafaatkan aku pada diriku. Dia (si buta) kembali (ke rumahnya) dalam keadaan matanya telah Allah jadikan pulih seperti biasa (dapat melihat semula).”
Hadis ini dikeluarkan oleh Al-Imam An-Nasai di dalam Sunan Al-Kubra hadis no: 10496. Dimasukkan juga oleh Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak. Hadis ini dinilai sahih oleh Syaikh Nasiruddin Al-Albani di dalam Sahih At-Targhib Wa Tarhib, hadis no: 678. Pengarang asal kitab berkenaan Al-Imam Al-Munziri (Al-Hafiz Zakiyyudin Al-Azim Al-Munziri Ad-Dimasyqi) meletakkan Hadis ini dibawah tajuk: “galakan pada menunaikan solat hajat dan doanya".
Matan hadis ini satu-satunya matan hadis sahih yang dapat dikesan dalam bab solat hajat. Cuma di dalam riwayat Imam Tirmizi pula tiada disebut “sembahyanglah dua rakaat”.
Kefahaman Dan Pengajaran (Istinbat) Dari Hadis Uthman Bin Hunaif Radhiallahu 'anh:
Ungkapan ini jelas membawa pengertian bahawa Nabi Sallallahu alaihi wasallam tidak mahu ”memanjakan” umatnya melakukan sesuatu dengan bergantung harap sepenuhnya kepada orang lain. Baginda lebih suka seseorang itu sendiri yang melakukannya, apatah lagi dalam urusan hajat yang berbentuk ”peribadi” seperti memohon orang lain tolong doakan untuk kita.
Ini bukanlah bermaksud, kita ditegah sama sekali memohon pertolongan dari orang lain untuk mendoakan bagi pihak kita. Cuma janganlah terlalu berlebih-lebihan dalam meminta dan hilang keyakinan untuk melakukan sendiri. Tiada menjadi kesalahan sekali-sekala kita meminta si fulan ini atau si fulan itu (yang dilihat sebagai sebagai orang yang alim yang warak lagi bertaqwa) mendoakan kebaikan bagi pihak kita.
Berdoalah kepada Allah dan tanamkan keyakinan di hati bahawa hajat kita akan diperkenankannya. Sehubungan dengan tajuk doa ini, Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda:
Dari Abi Hurairah bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda: Berdoalah kepada Allah dan kamu yakin diperkenankan permintaanmu, dan ketahuilah Bahawa Allah tidak memperkenankan doa dari hati yang lalai dan leka.”
• Perhatikan dan renungkan keseluruhan maksud hadis ini. Lihatlah betapa besarnya hajat lelaki yang buta ini. Bayangkan juga betapa gembiranya hati beliau apabila matanya yang buta dapat celik semula. Namun, perasankah kita bahawa hadis ini tidak mengambarkan adanya sebarang qarinah (petunjuk atau isyarat) bahawa solat hajat yang ditunaikan oleh lelaki itu dilakukan secara berjamaah.
Tiada bukti bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam memanggil beberapa sahabat yang lain untuk ditunaikan solat hajat berjamaah di masjid atau pun di rumah. Seandainya hajat yang sebesar ini tidak dilakukan berjamaah, apakah alasan kita bahawa hajat sekecil ”dompet duit hilang”, atau ”si anak di rumah nak masuk periksa UPSR atau PMR atau lain-lain peperiksaan”, lalu kita merasakan seakan tidak sempurna permohonan hajat kita kepada Allah tanpa ada solat hajat berjemaah.
• Hadis ini juga menunjukkan bahawa permohonan hajat boleh dilakukan dalam tiga bentuk:
1. Berwudhuk dan berdoa (tanpa solat) sebagaimana dalam riwayat Imam A-Tirmizi.
2. Berwudhuk, solat (sendirian) dan berdoa (sebaiknya berdoa pada waktu yang mustajab doa seperti doa selepas solat fardhu atau berdoa pada waktu akhir malam sebelum masuk waktu solat subuh dan sebagainya).
3. Meminta bantuan dari pihak lain khususnya dari orang yang alim dan bertaqwa menunaikan solat dan berdoa bagi pihak kita. Tetapi bukanlah bermaksud dibuat berjemaah. Memadai si alim itu melakukannya sendirian di rumah. Cuma cara ini kurang digalakkan kerana Islam menggalakkan seseorang berusaha sendiri dan belajar ilmu tentang cara solat hajat dan bacaan doa.
Alasan yang biasa didengar ”kami minta tok imam tolong buat sembahyang hajat, sebab kami tak berapa pandai nak buat sendiri dan tak tahu doa dalam bahasa Arab”. Atau mungkin pelbagai lagi alasan lain yang dikemukakan. Soalnya sampai bila masyarakat hendak dibiarkan manja dengan bergantung harap kepada orang lain. Bukankah menuntut ilmu satu kefardhuan. Sabda Nabi Sallallahu alaihi wasallam dari riwayat Anas bin Malik:
Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim"
Mungkin apa yang berlaku dalam kes ”solat hajat berjemaah” adalah implikasi dari budaya taqlid yang sudah begitu lama berakar umbi dalam masyarakat hingga budaya beramal mengikut disiplin ilmu yang tepat dan sahih hampir lenyap dan pupus. Semuanya berpegang kepada kaedah ”pakai main tiru” dan ”ikut apa yang orang ramai buat".
Budaya ”ikut apa yang orang ramai buat, kita pun buat sama” sudah lama membarah dalam masyarakat, hinggakan di kalangan ilmuan Islam (para ustaz, orang-orang alim dan tuan-tuan guru) turut sama terbabit dalam amalan yang bukan sebahagian dari budaya di zaman Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam, zaman sahabat mahu pun zaman tabiin.
Seandainya, dilontarkan pertanyaan kepada golongan yang belajar bidang agama tentang masalah solat hajat berjemaah, bukan semua mampu memberikan jawapan yang meyakinkan. paling tidak pun ada yang berkata ”buat apa nak bising, masalah inikan masalah khilafiyyah, nak buat berjemaah pun boleh, tak nak buat berjemaah pun boleh”.
Lebih mendukacitakan yang belajar sekolah agama pun jawab macam orang kampung yang tidak mengaji sekolah agama ”lihat tu, ramai orang alim turut sama buat, jadi tak betul ke kalu kita buat berjamaah". Ada juga yang kata ”Tidakkah kita digalakkan solat berjemaah kerana ianya lebih afdhal dari solat sendirian".
Jawapan-jawapan sebegini menggambarkan tahap mentaliti masyarakat Melayu yang berbeda-beda. Kalau beginilah cara berfikir golongan agamawan kita, maka tak peliklah masyarakat terus menerus dibelenggu budaya taqlid dan tiada langsung kesedaran hidup beragama berpandukan sumber ilmu yang tepat. Jauh sekali membentuk jiwa yang bermotivasi dalam bab menuntut ilmu.
Beginilah sikap orang kita dalam soal kehidupan beragama yang sepatutnya dikaji semula. Kita suka ambil sikap mudah dan buat ala kadar. Pada hal dalam urusan keduniaan kita begitu prihatin. Contoh: sekiranya kita menerima bil telefon yang tinggi dari kebiasaannya, sudah tentu kita segera bergegas ke Kedai Telekom mahu mengenal pasti apa sebabnya. Atau kita merasakan mungkin ada pihak lain yang curi line telefon rumah kita.
Namun dalam urusan ibadat dan agama, kita mengambil sikap ”pandang sebelah mata dan buat tak kisah". Apa yang saya ingin maksudkan di sini kita perlu bergerak membina kesedaran untuk kembali beramal mengikut zaman Rasulullah dan para sahabat baginda; atau dengan lain perkataan usaha membawa ”pembaharuan” (tajdid) dalam masyarakat kita perlu digiatkan.
Majlis-majlis pengajian ilmu perlu diubah pendekatannya. Minda masyarakat perlu ”dibedah” untuk dibuang penyakit fanatik dengan amalan tradisi hingga sukar menerima kebenaran. Kenapa saya mengatakan kita perlu kembali kepada beramal mengikut pendekatan para sahabat? Ini kerana generasi sahabat adalah adalah generasi yang paling baik. Diakui oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam: Lihat hadis berikut:
Kelebihan dan keistimewaan para sahabat lebih menyerlah dari matan hadis berikut:
Seandainya solat hajat secara berjemaah merupakan cara yang terbaik mengikut dakwaan sesetengah pihak, sudah tentu para sahabat yang terlebih dahulu melakukannya. Tetapi tidak ada satu pun riwayat di dalam mana-mana kitab Hadis atau Kitab Sirah, samada riwayat itu sahih, hasan atau dhaif menyebut ada sesiapa di kalangan sahabat pernah melakukannya. Tidak ada dan memang tidak ada. Sedangkan mereka juga manusia yang mempunyai hajat seperti kita. Ya! mereka hanya tunaikan solat hajat bersendirian di rumah atau mungkin di masjid tanpa berjemaah!
Ada setengah pihak menganggap hadis Uthman bin Hunaif bukan dalam bab solat hajat, tetapi dalam bab doa. Saya kehairanan mendengar jawapan sebegini kerana hadis tersebut secara jelas dimasukkan di bawah tajuk ”Galakan pada solat hajat dan doanya” seperti yang telah dinyatakan. Bahkan dalam matan hadis pun ada disebut ”Maka tunaikanlah solat (hajat) dua rakaat”.
Jadi adakah dikira wajar, matan hadis ini bukan dalam bab solat hajat, tapi hanya dalam doa sahaja? Saya memberikan soalan ini kepada pembaca maka terpulanglah kepada pembaca mencari sendiri jawapannya. Diharap pembaca dapat bersabar untuk terus membaca risalah ini hingga ke akhirnya. Sekarang kita lihat pula dalil seterusnya.
Dalil ketiga
Sebenarnya dalil ketiga ini, pada hakikatnya tiada kaitan dengan bab solat hajat berjemaah, tetapi terpaksa saya masukkan juga untuk perbahasan selanjutnya memandangkan ada pihak mendakwa ianya ada hubung kait dengan persoalan solat hajat berjemaah. Benar atau tidak dakwaan itu, sama-sama kita lihat nanti.
Pihak yang berkenaan mendakwa di dalam sesetengah kitab Fekah Mazhab Al-Imam As-Syafie Rahimahullah, ada di kalangan ulamak yang berpendapat hukum keharusan menunaikan solat hajat berjemaah dirujuk kepada umum satu riwayat hadis dalam Sahih Bukhari.
Hadis yang dimaksudkan ialah Hadis Itban bin Malik. Sebelum saya kemukakan hadis berkenaan, sukalah dimaklumkan bahawa setelah dibuat analisa dan kajian, rupa-rupanya di dalam Sahih Bukhari, hadis riwayat Itban Bin Malik diulang pada tujuh tempat yang berlainan, dengan tajuk yang berlainan tetapi matan hadis yang hampir sama. Oleh kerana hadisnya agak panjang, maka saya terus kepada terjemahannya dan manakala matan asal yang dibawakan di sini diambil bahagian akhir hadis:
Matan ini diambil dibawah tajuk ”Solat Sunat Berjemaah” dari hadis riwayat Anas dan Aisyah. Ceritanya begini:
Seorang rawi hadis yang bernama Mahmud mengatakan bahawa dia ada mendengar Itban bin Malik yang merupakan salah seorang sahabat yang telah ikut serta ke medan peperangan Badar, ada berkata:
Adalah aku menjadi imam bagi masyarakat kampungku (Bani Salim). Tapi oleh kerana antara rumahku dan tempat solat mereka (Bani Salim) ada wadi (lembah) yang mana apabila turun hujan aku tidak dapat pergi solat fardhu berjemaah bersama mereka. Maka sangat sukar bagiku untuk melepasi lembah berkenaan untuk menuju ke masjid.
Jadi aku pun pergi bertemu Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam dan memberitahunya: Pandangan mataku kurang baik (masalah penglihatan yang lemah), manakala kawasan berlembah antara rumahku dan orang-orang kampungku telah menghalangku untuk ke tempat solat kerana lembah berkenaan dipenuhi air selepas hujan turun. Sukar untukku melintasinya.
Jadi aku merasa suka kalau engkau Ya Rasulullah boleh datang ke rumahku untuk solat fardhu berjemaah di mana akan ku jadikan satu kawasan tertentu di dalam rumah sebagai tempat solat (musolla).
Maka berkatalah Rasulullah:
Saya akan lakukan (tunaikan permintaanmu), maka datanglah Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam kepada ku di waktu siang hari bersama Abu Bakar Radhiallahu 'anh ketika waktu hari sudah meninggi (sudah masuk solat zohor).
Rasulullah meminta izin untuk masuk (ke dalam rumah) maka aku pun izinkan, baginda tidak terus duduk sehingga dia berkata: Di manakah engkau suka aku bersolat di rumah mu ini?
Maka aku isyaratkan ke satu tempat yang aku suka bersolat di situ. Maka Rasulullah berdiri dan bertakbir, kami berdiri dalam saf di belakangnya. Dia bersolat dua rakaat kemudian memberi salam dan kami turut memberi salam ketika baginda memberi salam.”
Kata Ibn Hajar (852 H) di dalam Fath Al-Bari:
Ibnu Wahab meriwayatkan dari Malik bahawasanya tidak mengapa mengimamkan seseorang itu untuk satu kumpulan dalam solat sunat. Adapun solat (sunat) yang ianya sudah masyhur (diketahui) dan dihimpunkan manusia untuk menunaikannya (contohnya solat sunat terawih) maka tidaklah mengapa. Ini berdasarkan kaedah (usul) sad az zarai' kerana dikhuatiri orang yang tidak mengetahui akan menyangka bahawa solat sunat (yang ditunaikan berjemaah) itu adalah fardhu.”
Apa yang dapat difaham dari hadis Itban bin Malik bahawa solat sunat yang ditunaikan secara berjemaah oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam adalah solat sunat rawatib, bukan solat sunat hajat. Jadi berhujah dengan hadis ini dalam bab solat sunat hajat berjemaah berada dalam kedudukan ”pendalilan yang bersifat sangkaan” atau dalam bahasa arab (ظنية الدلالة). Ianya tidak bersifat qati'e dan meyakinkan kerana dalil hadis ini tidak disokong dengan hadis-hadis lain untuk mengisbatkan hukum solat sunat hajat berjemaah.
Bahkan sudah diketahui dari mafhum hadis tadi bahawa kedatangan Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam ke rumah Itban Bin Malik bukan kerana apa-apa hajat lain selain dari memenuhi permintaan untuk menunaikan solat fardhu berjemaah di rumah Itban itu. Untuk memperkuatkan alasan ini, mari kita lihat penjelasan Al-Imam An Nawawi di dalam kitab Al-Majmuk Syarah Muhazzab:
Fasal pada menyatakan masalah-masalah yang berkaitan bab solat sunat, (Perkara kelapan) Sesungguhnya telah (disebut) bahawa nawafil (solat-solat sunat) tidak disyariatkan berjemaah padanya kecuali solat dua hari raya (idul fitri dan idul adha), dua solat gerhana (bulan dan matahari), solat istisqa' (minta hujan) demikian juga solat tarawih dan witir sesudahnya, apabila kita mengatakan adalah lebih tepat bahawa ditunaikan berjemaah padanya (tarawih dan witir) ianya afdhal,
Dan adapun solat-solat sunat yang lain-lain seperti sunat-sunat rawatib yang (mengiringi) solat fardhu, sunat dhuha dan solat-solat sunat mutlak maka tidak disyariatkan berjemaah iaitu tidak diharuskan, tetapi kalau seseorang itu tunaikan berjemaah adalah harus dan tidak dikatakan makruh.
Dan Al-Imam As-Syafie (202H) telah menaskan (mewartakan) di dalam dua buah kitab Mukhtasar Al-Buwaiti dan Ar-Rabi' bahawasanya tak mengapa berjemaah dalam solat sunat dan dalil keharusannya berjemaah ialah hadis –hadis yang banyak di dalam kitab sahih, di antaranya Hadis Itban Bin Malik Radhiallahu 'anh.
Seandainya diperhatikan betul-betul teks (nas) yang diberikan oleh Al-Imam As-Syafie Rahimahullah sebagaimana yang dinukilkan semula Al-Imam An-Nawawi di dalam kitab Al-Majmuk: tidak disebut di dalamnya solat sunat hajat. Yang disebut hanya solat sunat rawatib, solat sunat dhuha dan solat sunat mutlak". Perhatikan kata-kata Al-Imam As-Syafie ”tetapi... kalau ditunaikan solat sunat berjemaah adalah harus.."
Ungkapan ”tetapi.... kalau” membawa maksud keharusan dan kebenaran adalah berada pada tahap bawah (bukan menjadi keutamaan dalam pilihan) kerana asalnya ia ditunaikan bersendirian. Sekali gus ia membawa maksud ”tidak perlu ditunaikan berpanjangan (sokmo-sokmo) dengan cara berjemaah” kerana dikhuatiri akan dianggap ianya wajib pada pandangan orang awam. Saya akan jelaskan kemudian berkenaan contoh-contoh lain kenapa amalan–amalan sunat yang bukan dalam bentuk lazim, tidak boleh sentiasa ditunaikan berjemaah.
Jadi berhujah dengan hadis Itban bin Malik dalam bab solat hajat bejemaah sudah tersasar dari apa yang dimaksudkan oleh Al-Imam As-Syafie. Untuk memperkuatkan hujah saya ini, kata lihat penjelsan lebih lanjut dari Al-Imam An-Nawawi sendiri di dalam kitab beliau yang lain iaitu kitab Raudhah At-Tolibin:
Di antara solat sunat yang tidak disunatkan berjemaah ialah solat sunat dhuha, sekurang-kurangnya dua rakaat….. di antaranya juga sunat tahiyyatul masjid dua rakaat….di antaranya juga dua rakaat ihram dan dua rakaat tawaf apabila kita tidak mewajibkannya….. di antaranya juga dua rakaat sesudah berwudhuk diniatkan solat sunat wudhuk…. Di antaranya juga sunat sebelum Jumaat empat rakaat dan sesudahnya empat rakaat ….. di antaranya juga dua rakaat sunat istikharah…. Di antaranya juga dua rakaat sunat hajat. Wallahu 'alam.
Sila perhatikan betul-betul, kata-kata Imam Nawawi. Apa yang disebut di bahagian akhir, jelas menunjukkan bahawa solat sunat Hajat bukan dari kategori solat yang ditunaikan berjemaah. Sekiranya Hadis Itban bin Malik boleh difahami sebagai adanya hukum harus solat hajat berjemaah sudah tentu Al-Imam An-Nawawi tidak memasukkan ke dalam bahagian ”solat-solat sunat yang tidak disunatkan berjemaah". Sekiranya anda tidak yakin dan merasa ragu-ragu dengan apa yang saya bentangkan di sini, maka anda disarankan membuka Kitab Raudhah At-Tolibin.
Benarkah Solat Sunat Hajat Sebahagian Dari Masalah Khilafiyyah?
Pertanyaan ini sukar untuk dijawab oleh sesetengah pihak yang mendakwa begitu. Hakikatnya dakwaan ini tidak bersandarkan kepada bukti yang jelas. Semuanya berhujah dengan hujah yang datang melalui pendekatan ”dengar cakap” atau dalam bahasa Kelantan ”dengar oghe lain kecek”.
Secara ilmiyyah yang menepati disiplin ilmu, memang tidak ada dalam mana-mana kitab Fekah atau kitab-kitab Hadis yang menyebut secara jelas ada pendapat lain yang mengharuskan berjemaah dalam solat hajat. Apa berlaku di tempat kita hanyalah pandangan peribadi orang-orang tertentu iaitu berdasarkan pandangan yang dibina atas kefahaman yang kurang tepat. Sebagaimana telah disebut tentang tujuan asal Itban Bin Malik menjemput Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam ke rumah beliau ialah untuk menunaikan solat fardhu.
Realiti Masa Kini Di Negara-Negara Islam Timur Tengah.
Selama beberapa tahun saya berada di kota Madinah, amalan solat hajat tidak pernah berlaku di masjid di Madinah, begitu juga di Masjidil Haram Mekah. Saya pernah bertanya kepada seorang rakan yang belajar di Universiti Al-Azhar Mesir dan berada di sana lebih 6 tahun:
“Adakah anta pernah tengok orang-orang Arab Mesir buat solat hajat berjemaah di masjid atau pun di rumah mereka kerana tujuan tertentu, selama 6 tahun anta berada di sana?”
Maka jawab rakan saya itu: ”Eh Eh ya tak ya jugak, tak adelah”.
Saya tanya lagi: ”Seandainya kita mendakwa, kita buat solat hajat berjemaah kerana kita bermazhab Syafie, Bukankah di Mesir, umat Islam di sana ramai bermazhab Syafie, kitab Mazhab Imam Syafie yang mana satu mereka pakai pulak hingga tak pernah ada sekali pun mereka buat solat hajat berjemaah? Dan kitab apa pula kita pakai hingga solat hajat berjemaah hampir setiap bulan berlaku dalam masyarakat kita terutama akhir tahun apabila budak-budak sekolah dah dekat musim peperiksaan?”
Rakan saya seakan tergamam dan hanya menjawab: ”Ana pun tak tahu jugak”.
Saya ingin mengemukakan persoalan kepada para pembaca, selama berpuluh-puluh tahun rakyat Palestin berperang dengan Israel (hidup dalam kancah peperangan), pernahkah kita mendengar satu sahaja laporan berita sama ada melalui akhbar atau televisyen, berbunyi bahawa ”satu majlis solat hajat beramai-ramai akan diadakan di Masjidil Aqsa, anjuran kerajaan Palestin”, memohon agar rakyat Palestin dipelihara Allah dari kejahatan bangsa jahat Israel? Pernahkah kita mendengar berita sebegini?.
Atau pernahkah kita mendengar berita bahawa rakyat Iraq berkumpul beramai-ramai dengan jumlah mungkin mencecah 10 ribu orang, mereka berhimpun di kawasan tanah lapang untuk menunaikan solat hajat berjemaah, memohon kepada Allah agar suasana huru hara di negara mereka akan pulih secepat mungkin? Memohon agar tentera-tentera Amerika segera berundur?
Jawapannya: Tiada sebarang laporan berita tentang adanya upacara solat hajat berjemaah dari dua buah negara yang dilanda peperangan itu. Adakah mereka tak pernah buat solat hajat? Jawapannya: Mungkin ada tetapi bukan secara berjemaah. Atau mereka mungkin memadai dengan berdoa selepas solat samada doa bersendirian atau doa beramai-ramai.
Mengikut sunnah Nabi, apabila berhadapan dengan kesusahan yang besar atau disebut malapetaka, cara yang betul bukan solat hajat berjemaah. Cara yang sebenarnya ialah membaca qunut nazilah dalam solat lima waktu. Al-Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah (751H) menyebut dalam kitab Zaad Al-Maad:
Imam Ahmad bin Hanbal (241H) menyebut dari Ibn Abbas (68H) katanya: ”Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam berqunut selama sebulan berturut-turut (setiap hari) dalam solat zohor, asar, maghrib, isyak dan subuh di akhir setiap solat apabila membaca سمع الله لمن حمده dari rakaat terakhir, mendoakan kebinasaan ke atas satu puak dari Bani Salim iaitu ke atas Ra'l, Zakwan. Dan Usyah Diaminkan oleh makmum di belakangnya… Riawayat Abu Daud .
Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radhiallahu 'anh juga membaca qunut (nazilah) di zaman pemerintahan beliau ketika berhadapan dengan masalah besar penentangan dari Musailamah Al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi . Tiada riwayat yang menyebut bahawa Abu Bakar As- Siddiq berhadapan dengan masalah besar ini dengan cara menunaikan solat hajat berjemaah.
Begitu juga Sayyidina Ali bin Abi Talib membaca qunut (nazilah) ketika berhadapan dengan penentangan dari puak Muawiyah dan pemberontakan penduduk Syam .
Saya merasa lucu apabila ada pihak tertentu menganjurkan solat hajat berjemaah di masjid selepas solat fardhu Jumaat atas tujuan memohon dijauhkan dari bencana penyakit selesema burung (SARS) satu ketika dahulu. Yang sebetulnya membaca qunut nazilah atau berdoa sahaja. Inilah akibatnya apabila sunnah dipinggirkan dari kefahaman fiqh masyarakat, hingga antara ibadat dan adat sudah bercampur aduk dan bertukar takir.
Pandangan Mazhab Lain Tentang Solat Sunat Hajat.
Rasanya tidak lengkap kalau saya tidak sertakan di sini pandangan para ulamak dari mazhab lain. Ini kerana, mengambil kira pendapat-pendapat ulamak lain selain dari ulamak dalam mazhab Al-Imam As-Syafie, dianggap lebih bersikap adil terhadap ilmu dan alim ulamak itu sendiri.
Dalam Mazhab Hanafi, solat sunat hajat diletakkan di bawah kumpulan solat sunat yang tidak muakkad dan langsung tidak dinyatakan bahawa ianya dilakukan secara berjemaah.
Manakala dalam Mazhab Maliki pula, solat sunat hajat dikategorikan di bawah sembahyang sunat ringan yang mempunyai sebab. Tidak dinyatakan hukum berjemaah dalam solat hajat, cuma ada disebut bahagian perkara makruh dalam melaksanakan sembahyang sunat (nawafil) menurut Mazhab Malik: iaitu sebanyak 4 perkara yang makruh di mana perkara makruh yang ke empat ialah:
Makruh berhimpun beramai-ramai untuk melakukan sembahyang sunat kecuali sunat Tarawih, kerana sembahyang sunat dilakukan secara bersendirian. Begitu juga makruh melakukan sembahyang sunat dalam jamaah yang kecil di suatu tempat yang masyhur di kalangan orang ramai.
Di dalam Mazhab Syafie pula:
Sembahyang sunat yang sunat dilakukan secara berjemaah ada tujuh iaitu sembahyang dua hari raya (raya puasa dan raya haji), sembahyang gerhana matahari dan bulan, sembahyang minta hujan, dan sembahyang tarawih”… sembahyang sunat witir selepas tarawih adalah disunatkan berjemaah.
Manakala untuk sembahyang sunat yang tidak disunatkan berjemaah terbahagi kepada dua:
1. Sembahyang rawatib bersama fardhu.
2. Sembahyang rawatib berasingan daripada fardhu.
Walaupun Dr. Wahbah Zuhaili didalam kitab Al Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu tidak memasukkan sembahyang sunat hajat dalam mana-mana dua bahagian, tetapi sudah diketahui bahawa solat sunat hajat bukan dari kategori solat sunat berjemaah sebagaimana keterangan beliau dalam ms. 60 bahawa sembahyang sunat berjemaah hanya tujuh solat sahaja.
Seterusnya dalam menerangkan Mazhab Hanbali dalam solat hajat ini, Dr. Wahbah Az-Zuhaili hanya menyebut:
Sembahyang hajat: Sembahyang ini adalah sunat mengikut hadis Abdullah bin Abi Aufa yang telah lalu yang terdapat dalam sunan Tirmizi yang mengatakan sebagai hadis gharib.
Tiada diberi keterangan samada solat sunat hajat dalam bahagian solat sunat secara berjemaah atau bukan secara berjemaah.
Bagaimanakah Jalan Penyelesaian Bagi Permasalahan Ini?
Berikut saya perturunkan beberapa cadangan untuk kita semak kembali amalan solat sunat hajat berjemaah.
Pertama:
Kembali kepada sunnah sepenuhnya – tunaikan solat hajat bersendirian – sekali pun kita merasakan solat hajat berjemaah itu lebih baik, itu hanyalah sangkaan kita. Hakikatnya, mengikuti sunnah Nabi dalam beribadah itu lebih baik sebagaimana kata Ibn Mas'ud dalam athar yang sahih: “Berpada-pada dengan sunnah lebih baik dari ijtihad dalam perkara bid'ah”.
Firman Allah dalam Surah An-Nuur:
Maksudnya: Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cobaan atau ditimpa azab yang pedih. [ An-Nuur 24: 63 ].
Dr. Wahbah Az-Zuhaili di dalam tafsiran terhadap ayat ini berkata:
Iaitu maka hendaklah merasa takut sesiapa yang menyalahi syariat Ar-Rasul Sallallahu alaihi wasallam secara batin dan zahir, yang menghalang, keluar dari perintahnya dan ketaatan kepadanya, dan itulah jalannya, manhajnya, sunnahnya dan syariatnya.
Mereka ialah golongan munafiqun, bahawa terdedahlah mereka kepada mehnah (kesusahan), atau bala' atau ujian di dunia dan sifat kufur dan nifaq atau ditimpa azab yang pedih di akhirat.
Kata nama (dhamir) pada (أمره) kembali kepada perintah Allah dan perintah Rasul-Nya. Ayat secara zahirnya menunjukkan perintah ini bersifat wajib. Ayat juga bersifat umum bagi semua orang yang menyanggahi perintah Allah Taala dan perintah Rasul-Nya Sallallahu alaihi wasallam dan bukannya untuk golongan munafiq sahaja.
Kedua:
Pilihan kedua dalam sunnah ialah berdoa selepas berwudhuk. Dibolehkan bertawassul dalam doa dengan nama-nama Allah dan Sifat-sifat-Nya, bertawassul dengan amalan soleh, bertawassul dengan keberkatan orang soleh yang masih hidup. Selain dari tiga cara ini, cara yang lain ada kekhilafan di kalangan ulamak. Pilihan pertama dan kedua dianggap mudah dan menepati ruh syariat yang bersifat taisir (memudahkan).
Sememangnya syariat Islam didatangkan dalam acuan yang bersifat memudahkan. Baginda Sallallahu alaihi wasallam telah membuat penegasan dalam sabdanya setiap kali diutuskan para sahabat ke mana-mana tempat atas urusan dakwah:
Ketiga:
Boleh juga sekali-sekala ditunaikan berjemaah, tetapi dengan beberapa syarat yang perlu diberi perhatian:
• Jangan beri'tikad semasa melakukannya bahawa perbuatan solat hajat secara berjemaah ini sabit dari amalan Rasulullah.
• Jangan dilakukan ia secara tetap dan terlalu kerap. Tujuannya supaya orang awam tidak mengira bahawa solat hajat termasuk dalam kumpulan solat sunat yang disyariatkan berjemaah. Walaupun kita tidak pernah menyebut secara lisan solat sunat hajat itu wajib berjemaah, tetapi tindakan kita yang kerap menunaikannya secara berjemaah menggambarkan ”mind set” kita menetapkan ianya sebagai wajib.
• Jangan disertakan ia dengan amalan-amalan bid'ah seumpama meletakkan bekas air di depan imam. Perbuatan sedemikian tidak dirujuk kepada sebarang dalil dan hanya merupakan andaian semata-mata. Jika mahu dilakukan juga, maka sekali sekala ”bekas air tawar”juga perlu diletakkan depan imam semasa solat fardhu atau ketika seseorang sedang baca Al-Quran. Ini kerana semua amal ibadat dikira ada
berkatnya! Jangan khususkan keberkatan pada solat hajat sahaja.
• Jangan tetapkan peraturan sendiri dalam soal menunaikan solat hajat berjemaah seperti menetapkan bahawa satu solat untuk satu hajat. Jika ada 5 hajat maka kena solat hajat lima kali. Fenomena begini sering berlaku di sekolah-sekolah agama yang mempunyai peperiksaan seperti PMRU, PMR, SMU, SPM dan STAM.
Oleh kerana ada lima peperiksaan, maka pihak sekolah menganjurkan lima kali solat hajat. Ketetapan sebegini adalah satu kesalahan kerana membuat ketetapan sendiri tanpa ada sandaran dalil dari nas syarak. Atau menetapkan bahawa pelajar-pelajar sekolah agama wajib solat hajat berjemaah di masjid sekolah (sebagai contoh sahaja) dengan kadar seminggu sekali atau sebulan sekali. Atau menetapkan selepas solat hajat perlu berzikir dengan membaca lafaz tahlil (sebagai contoh) sebanyak 100 kali. Kita boleh berzikir, tetapi dengan syarat tidak menetapkan berapa jumlahnya.
Saya sendiri secara peribadi walaupun tidak setuju dengan amalan solat hajat secara berjemaah, ada kalanya saya turut serta, kerana mengambil kira faktor lain. Itu pun saya hanya jadi makmum. Kalau diminta jadi imam, maaf saya terpaksa mengundurkan diri dan harap kita saling bertolak ansur dan faham memahami.
Akhir kata, harapan dari saya agar kita semua dikurniakan oleh Allah ilmu dan kefahaman dalam urusan agama-Nya (العلم والفهم في أمور الدين.) Insya Allah.
Seolah-olah sudah menjadi satu kemestian bagi masyarakat Melayu di Kelantan, apabila mereka mempunyai sebarang hajat, maka akan dijemput tok imam, beberapa orang jiran tetangga untuk datang ke rumah bagi tujuan menunaikan solat sunat hajat berjemaah. Seterusnya menjamu selera dengan sedikit hidangan yang disediakan oleh tuan rumah (empunya hajat).
Sudah berapa lama adat dan kebiasaan sebegini berkembang dalam masyarakat, saya sendiri tidak pasti kerana dari segi fakta sejarahnya tidak diketahui secara tepat bilakah ianya bermula. Maka di dalam risalah ini, saya akan cuba membuat analisa dan kajian secara ilmiyyah terhadap amalan ini; adakah semestinya ia diteruskan secara berjemaah atau memadai secara bersendirian. Atau dengan lain perkataan, cara yang mana satukah dikira lebih menepati sunnah?
Apa yang saya tulis, hanya sekadar analisa untuk membina percambahan minda. Terpulang kepada individu itu sendiri, sama ada mahu menerima atau sebaliknya. Bukanlah niat saya untuk mengubah kebiasaan yang sudah sebati dalam masyarakat, tapi sekurang-kurangnya biarlah kita benar-benar memahami sesuatu permasalahan agama dengan beramal mengikut disiplin ilmu yang memberi keyakinan.
Pensyariatan Solat Hajat
Dalil pertama:
Di dalam kebanyakan kitab-kitab Fekah Mazhab, ulamak-ulamak dalam mazhab berhujah dengan hadis Riwayat Adullah bin Abi Aufa Radhiallahu 'anh, hadis dikeluarkan oleh Ibnu Majah: Nas hadis seperti berikut:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي أَوْفَى الْأَسْلَمِيِّ قَالَ: خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَنْ كَانَتْ لَهُ حَاجَةٌ إِلَى اللَّهِ أَوْ إِلَى أَحَدٍ مِنْ خَلْقِهِ فَلْيَتَوَضَّأْ وَلْيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ لِيَقُلْ لا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَالسَّلَامَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ أَسْأَلُكَ أَلَّا تَدَعَ لِي ذَنْبًا إِلَّا غَفَرْتَهُ وَلَا هَمًّا إِلَّا فَرَّجْتَهُ وَلَا حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلَّا قَضَيْتَهَا لِي ثُمَّ يَسْأَلُ اللَّهَ مِنْ أَمْرِ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ مَا شَاءَ فَإِنَّهُ يُقَدَّرُ
Dari Abdillah bin Aufa Al-aslamiy katanya: Rasulullah Sallallahu Alaihi wasallam keluar (menemui kami) dan berkata: “Sesiapa yang ada sebarang hajat kepada Allah atau kepada seseorang di kalangan makhluk–Nya (manusia) maka hendaklah dia berwudhu' dan solat dua rakaat kemudian dia berkata (berdoa):
Tiada Ilah melainkan Allah yang bersifat Al-Halim dan Al-Karim, maha suci Allah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung, Segala puji bagi Allah Rabb seluruh alam, Ya Allah! Aku memohon kepada engkau wajiblah ku mendapat rahmat-Mu, kemestian memperolehi keampunan-Mu, kaya dengan segala kebajikan, selamat sejahtera dari sebarang dosa, aku memohon kepada-Mu agar tidak engkau biarkan bagiku sebarang dosa melainkan diampunkan, tiada kedukaan melainkan dilepaskannya (dariku), tiada sebarang hajat demi redha-Mu melainkan engkau tunaikannya bagiku", kemudian mintalah kepada Allah dari sebarang urusan dunia dan akhirat apa yang dia kehendaki, maka sesungguhnya Dia (Allah) yang menentukan.
Status hadis dinilai oleh As-Syaikh Nasiruddin Al-Albani di dalam Misykatu Al-Masabih sebagai Hadis maudhuk (palsu) no.hadis 1327, Di dalam Dhaif Sunan Ibnu Majah beliau menilai sebagai Dhaif Jiddan (sangat lemah) no.hadis 1384. Hadis juga dikeluarkan oleh Imam Tirmizi(397H) dan beliau menilainya sebagai lemah, kerana pada sanadnya seorang yang bernama Faid bin Abdul Rahman (seorang yang dhaif, nama asalnya Abu Al-Warqa') . Hadis yang sama dikeluarkan juga oleh Al-Hakim didalam Al-Mustadrak Ala As-Sahihain .
Seandainya hadis ini memiliki status sahih sekali pun ia tidak mempunyai sebarang qarinah (petunjuk) yang memberi isyarat bahawa solat sunat hajat ditunaikan secara berjemaah. Al-Imam An-Nawawi (676H) telah menyebut dalam Kitab Al-Majmuk Syarh Al-Muhazzab:
Satu fasal: Masalah-masalah berkaitan dengan bab solat sunat ….(Ada sepuluh perkara yang disebut…) yang keenam: tentang solat hajat daripada Ibn Abi Aufa.
Perkara seumpama ini dinyatakan di dalam kitab Asna Al-Matalib, dan di dalam kitab Syarah Muntaha Al-Iradat .
Dalil kedua:
عن عثمان بن حنيف رضي الله عنه : أن أعمى أتى إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال يا رسول الله ادع الله أن يكشف لي عن بصري قال أو أدعك قال يا رسول الله إنه قد شق علي ذهاب بصري
قال فانطلق فتوضأ ثم صل ركعتين ثم قل اللهم إني أسألك وأتوجه إليك بنبيي محمد صلى الله عليه وسلم نبي الرحمة يا محمد إني أتوجه إلى ربي بك أن يكشف لي عن بصري اللهم شفعه في وشفعني في نفسي فرجع وقد كشف الله عن بصره. رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح غريب
Dari Uthman bin Hunaif Radhiallahu 'anh: Bahawa seorang lelaki buta datang kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, maka dia berkata:
Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar Dia menyingkapkan kembali pandangan mataku, Dan (Rasulullah) berkata: Atau aku biarkan engkau (terus dalam keadaan buta).
Lelaki buta berkata: Sesungguhnya telah menyukarkan aku akan kehilangan pandangan mataku ini.
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Pergilah engkau berwudhuk, kemudian solatlah dua rakaat kemudian bacalah (berdoa):
“Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada Engkau dan aku bertawajjuh (menghalakan) permintaanku kepada-Mu dengan nabiku nabi pembawa rahmat , Ya Muhammad sesungguhnya aku bertawajjub kepada Tuhanku dengan (keberkatan dirimu) agar Dia menyingkapkan mataku (mengembalikan penglihatanku)”.
Nabi berkata: “Ya Allah: Syafaat dia dengan sebab diriku, syafaatkan aku pada diriku. Dia (si buta) kembali (ke rumahnya) dalam keadaan matanya telah Allah jadikan pulih seperti biasa (dapat melihat semula).”
Hadis ini dikeluarkan oleh Al-Imam An-Nasai di dalam Sunan Al-Kubra hadis no: 10496. Dimasukkan juga oleh Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak. Hadis ini dinilai sahih oleh Syaikh Nasiruddin Al-Albani di dalam Sahih At-Targhib Wa Tarhib, hadis no: 678. Pengarang asal kitab berkenaan Al-Imam Al-Munziri (Al-Hafiz Zakiyyudin Al-Azim Al-Munziri Ad-Dimasyqi) meletakkan Hadis ini dibawah tajuk: “galakan pada menunaikan solat hajat dan doanya".
Matan hadis ini satu-satunya matan hadis sahih yang dapat dikesan dalam bab solat hajat. Cuma di dalam riwayat Imam Tirmizi pula tiada disebut “sembahyanglah dua rakaat”.
Kefahaman Dan Pengajaran (Istinbat) Dari Hadis Uthman Bin Hunaif Radhiallahu 'anh:
- Diharuskan kita meminta pertolongan dari orang lain yang lebih baik darjat dan kedudukannya di sisi Allah Subhanahu Wataala untuk mendo'akan bagi pihak orang yang berhajat seperti mana dalam kisah si buta yang datang berjumpa Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam memohon agar didoakan untuknya supaya dapat melihat kembali.
- Orang yang dipohon pertolongan kepadanya pula berhak memilih samada untuk menolak atau pun menunaikan hajat orang yang berhajat. Berkaitan dengan kelebihan orang buta yang sabar dengan keadaan dirinya yang buta dinyatakan dalam hadis lain dalam Sahih Bukhari: hadis no: 5653 .
- إِذَا ابْتَلَيْتُ عَبْدِي بِحَبِيبَتَيْهِ فَصَبَرَ عَوَّضْتُهُ مِنْهُمَا الْجَنَّةَ يُرِيدُ عَيْنَيْهِ
- Apabila Aku menguji hamba-Ku dengan dua kekasihnya(dua biji matanya) maka dia bersabar, Aku gantikan untuknya (dari dua matanya yang buta) dengan syurga.
- Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam menyuruh orang buta yang “berhajat” itu sendiri yang melaksanakan permohonan hajatnya kepada Allah. Perhatikan maksud yang dipetik dari hadis berkenaan “Pergilah engkau berwudhuk, kemudian solatlah dua rakaat kemudian bacalah (berdoa)”. Ungkapan ”maka pergilah engkau” diterjemah dari sabda Nabi
- (فانطلق).
Ungkapan ini jelas membawa pengertian bahawa Nabi Sallallahu alaihi wasallam tidak mahu ”memanjakan” umatnya melakukan sesuatu dengan bergantung harap sepenuhnya kepada orang lain. Baginda lebih suka seseorang itu sendiri yang melakukannya, apatah lagi dalam urusan hajat yang berbentuk ”peribadi” seperti memohon orang lain tolong doakan untuk kita.
Ini bukanlah bermaksud, kita ditegah sama sekali memohon pertolongan dari orang lain untuk mendoakan bagi pihak kita. Cuma janganlah terlalu berlebih-lebihan dalam meminta dan hilang keyakinan untuk melakukan sendiri. Tiada menjadi kesalahan sekali-sekala kita meminta si fulan ini atau si fulan itu (yang dilihat sebagai sebagai orang yang alim yang warak lagi bertaqwa) mendoakan kebaikan bagi pihak kita.
Berdoalah kepada Allah dan tanamkan keyakinan di hati bahawa hajat kita akan diperkenankannya. Sehubungan dengan tajuk doa ini, Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالْإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لَاهٍ
Dari Abi Hurairah bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda: Berdoalah kepada Allah dan kamu yakin diperkenankan permintaanmu, dan ketahuilah Bahawa Allah tidak memperkenankan doa dari hati yang lalai dan leka.”
• Perhatikan dan renungkan keseluruhan maksud hadis ini. Lihatlah betapa besarnya hajat lelaki yang buta ini. Bayangkan juga betapa gembiranya hati beliau apabila matanya yang buta dapat celik semula. Namun, perasankah kita bahawa hadis ini tidak mengambarkan adanya sebarang qarinah (petunjuk atau isyarat) bahawa solat hajat yang ditunaikan oleh lelaki itu dilakukan secara berjamaah.
Tiada bukti bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam memanggil beberapa sahabat yang lain untuk ditunaikan solat hajat berjamaah di masjid atau pun di rumah. Seandainya hajat yang sebesar ini tidak dilakukan berjamaah, apakah alasan kita bahawa hajat sekecil ”dompet duit hilang”, atau ”si anak di rumah nak masuk periksa UPSR atau PMR atau lain-lain peperiksaan”, lalu kita merasakan seakan tidak sempurna permohonan hajat kita kepada Allah tanpa ada solat hajat berjemaah.
• Hadis ini juga menunjukkan bahawa permohonan hajat boleh dilakukan dalam tiga bentuk:
1. Berwudhuk dan berdoa (tanpa solat) sebagaimana dalam riwayat Imam A-Tirmizi.
2. Berwudhuk, solat (sendirian) dan berdoa (sebaiknya berdoa pada waktu yang mustajab doa seperti doa selepas solat fardhu atau berdoa pada waktu akhir malam sebelum masuk waktu solat subuh dan sebagainya).
3. Meminta bantuan dari pihak lain khususnya dari orang yang alim dan bertaqwa menunaikan solat dan berdoa bagi pihak kita. Tetapi bukanlah bermaksud dibuat berjemaah. Memadai si alim itu melakukannya sendirian di rumah. Cuma cara ini kurang digalakkan kerana Islam menggalakkan seseorang berusaha sendiri dan belajar ilmu tentang cara solat hajat dan bacaan doa.
Alasan yang biasa didengar ”kami minta tok imam tolong buat sembahyang hajat, sebab kami tak berapa pandai nak buat sendiri dan tak tahu doa dalam bahasa Arab”. Atau mungkin pelbagai lagi alasan lain yang dikemukakan. Soalnya sampai bila masyarakat hendak dibiarkan manja dengan bergantung harap kepada orang lain. Bukankah menuntut ilmu satu kefardhuan. Sabda Nabi Sallallahu alaihi wasallam dari riwayat Anas bin Malik:
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim"
Mungkin apa yang berlaku dalam kes ”solat hajat berjemaah” adalah implikasi dari budaya taqlid yang sudah begitu lama berakar umbi dalam masyarakat hingga budaya beramal mengikut disiplin ilmu yang tepat dan sahih hampir lenyap dan pupus. Semuanya berpegang kepada kaedah ”pakai main tiru” dan ”ikut apa yang orang ramai buat".
Budaya ”ikut apa yang orang ramai buat, kita pun buat sama” sudah lama membarah dalam masyarakat, hinggakan di kalangan ilmuan Islam (para ustaz, orang-orang alim dan tuan-tuan guru) turut sama terbabit dalam amalan yang bukan sebahagian dari budaya di zaman Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam, zaman sahabat mahu pun zaman tabiin.
Seandainya, dilontarkan pertanyaan kepada golongan yang belajar bidang agama tentang masalah solat hajat berjemaah, bukan semua mampu memberikan jawapan yang meyakinkan. paling tidak pun ada yang berkata ”buat apa nak bising, masalah inikan masalah khilafiyyah, nak buat berjemaah pun boleh, tak nak buat berjemaah pun boleh”.
Lebih mendukacitakan yang belajar sekolah agama pun jawab macam orang kampung yang tidak mengaji sekolah agama ”lihat tu, ramai orang alim turut sama buat, jadi tak betul ke kalu kita buat berjamaah". Ada juga yang kata ”Tidakkah kita digalakkan solat berjemaah kerana ianya lebih afdhal dari solat sendirian".
Jawapan-jawapan sebegini menggambarkan tahap mentaliti masyarakat Melayu yang berbeda-beda. Kalau beginilah cara berfikir golongan agamawan kita, maka tak peliklah masyarakat terus menerus dibelenggu budaya taqlid dan tiada langsung kesedaran hidup beragama berpandukan sumber ilmu yang tepat. Jauh sekali membentuk jiwa yang bermotivasi dalam bab menuntut ilmu.
Beginilah sikap orang kita dalam soal kehidupan beragama yang sepatutnya dikaji semula. Kita suka ambil sikap mudah dan buat ala kadar. Pada hal dalam urusan keduniaan kita begitu prihatin. Contoh: sekiranya kita menerima bil telefon yang tinggi dari kebiasaannya, sudah tentu kita segera bergegas ke Kedai Telekom mahu mengenal pasti apa sebabnya. Atau kita merasakan mungkin ada pihak lain yang curi line telefon rumah kita.
Namun dalam urusan ibadat dan agama, kita mengambil sikap ”pandang sebelah mata dan buat tak kisah". Apa yang saya ingin maksudkan di sini kita perlu bergerak membina kesedaran untuk kembali beramal mengikut zaman Rasulullah dan para sahabat baginda; atau dengan lain perkataan usaha membawa ”pembaharuan” (tajdid) dalam masyarakat kita perlu digiatkan.
Majlis-majlis pengajian ilmu perlu diubah pendekatannya. Minda masyarakat perlu ”dibedah” untuk dibuang penyakit fanatik dengan amalan tradisi hingga sukar menerima kebenaran. Kenapa saya mengatakan kita perlu kembali kepada beramal mengikut pendekatan para sahabat? Ini kerana generasi sahabat adalah adalah generasi yang paling baik. Diakui oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam: Lihat hadis berikut:
خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ
Sebaik-baik (golongan) manusia ialah yang hidup di zamanku, kemudian orang–orang yang selepasnya, kemudian orang-orang yang selepasnya.Kelebihan dan keistimewaan para sahabat lebih menyerlah dari matan hadis berikut:
لا تَسُبُّوا أَصْحَابِي فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلَا نَصِيفَهُ
Jangan kamu cerca (caci dan maki) sahabat-sahabatku! Maka kalaulah seseorang di antara kamu membelanjakan emas seumpama bukit Uhud (banyaknya)tidaklah sampai (nilainya)menyamai seperti secupak atau setengah cupak yang mereka (sahabat-sahabatku) belanjakan.Seandainya solat hajat secara berjemaah merupakan cara yang terbaik mengikut dakwaan sesetengah pihak, sudah tentu para sahabat yang terlebih dahulu melakukannya. Tetapi tidak ada satu pun riwayat di dalam mana-mana kitab Hadis atau Kitab Sirah, samada riwayat itu sahih, hasan atau dhaif menyebut ada sesiapa di kalangan sahabat pernah melakukannya. Tidak ada dan memang tidak ada. Sedangkan mereka juga manusia yang mempunyai hajat seperti kita. Ya! mereka hanya tunaikan solat hajat bersendirian di rumah atau mungkin di masjid tanpa berjemaah!
Ada setengah pihak menganggap hadis Uthman bin Hunaif bukan dalam bab solat hajat, tetapi dalam bab doa. Saya kehairanan mendengar jawapan sebegini kerana hadis tersebut secara jelas dimasukkan di bawah tajuk ”Galakan pada solat hajat dan doanya” seperti yang telah dinyatakan. Bahkan dalam matan hadis pun ada disebut ”Maka tunaikanlah solat (hajat) dua rakaat”.
Jadi adakah dikira wajar, matan hadis ini bukan dalam bab solat hajat, tapi hanya dalam doa sahaja? Saya memberikan soalan ini kepada pembaca maka terpulanglah kepada pembaca mencari sendiri jawapannya. Diharap pembaca dapat bersabar untuk terus membaca risalah ini hingga ke akhirnya. Sekarang kita lihat pula dalil seterusnya.
Dalil ketiga
Sebenarnya dalil ketiga ini, pada hakikatnya tiada kaitan dengan bab solat hajat berjemaah, tetapi terpaksa saya masukkan juga untuk perbahasan selanjutnya memandangkan ada pihak mendakwa ianya ada hubung kait dengan persoalan solat hajat berjemaah. Benar atau tidak dakwaan itu, sama-sama kita lihat nanti.
Pihak yang berkenaan mendakwa di dalam sesetengah kitab Fekah Mazhab Al-Imam As-Syafie Rahimahullah, ada di kalangan ulamak yang berpendapat hukum keharusan menunaikan solat hajat berjemaah dirujuk kepada umum satu riwayat hadis dalam Sahih Bukhari.
Hadis yang dimaksudkan ialah Hadis Itban bin Malik. Sebelum saya kemukakan hadis berkenaan, sukalah dimaklumkan bahawa setelah dibuat analisa dan kajian, rupa-rupanya di dalam Sahih Bukhari, hadis riwayat Itban Bin Malik diulang pada tujuh tempat yang berlainan, dengan tajuk yang berlainan tetapi matan hadis yang hampir sama. Oleh kerana hadisnya agak panjang, maka saya terus kepada terjemahannya dan manakala matan asal yang dibawakan di sini diambil bahagian akhir hadis:
Matan ini diambil dibawah tajuk ”Solat Sunat Berjemaah” dari hadis riwayat Anas dan Aisyah. Ceritanya begini:
Seorang rawi hadis yang bernama Mahmud mengatakan bahawa dia ada mendengar Itban bin Malik yang merupakan salah seorang sahabat yang telah ikut serta ke medan peperangan Badar, ada berkata:
Adalah aku menjadi imam bagi masyarakat kampungku (Bani Salim). Tapi oleh kerana antara rumahku dan tempat solat mereka (Bani Salim) ada wadi (lembah) yang mana apabila turun hujan aku tidak dapat pergi solat fardhu berjemaah bersama mereka. Maka sangat sukar bagiku untuk melepasi lembah berkenaan untuk menuju ke masjid.
Jadi aku pun pergi bertemu Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam dan memberitahunya: Pandangan mataku kurang baik (masalah penglihatan yang lemah), manakala kawasan berlembah antara rumahku dan orang-orang kampungku telah menghalangku untuk ke tempat solat kerana lembah berkenaan dipenuhi air selepas hujan turun. Sukar untukku melintasinya.
Jadi aku merasa suka kalau engkau Ya Rasulullah boleh datang ke rumahku untuk solat fardhu berjemaah di mana akan ku jadikan satu kawasan tertentu di dalam rumah sebagai tempat solat (musolla).
Maka berkatalah Rasulullah:
سَأَفْعَلُ فَغَدَا عَلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ بَعْدَ مَا اشْتَدَّ النَّهَارُ فَاسْتَأْذَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَذِنْتُ لَهُ فَلَمْ يَجْلِسْ حَتَّى قَالَ أَيْنَ تُحِبُّ أَنْ أُصَلِّيَ مِنْ بَيْتِكَ فَأَشَرْتُ لَهُ إِلَى الْمَكَانِ الَّذِي أُحِبُّ أَنْ أُصَلِّيَ فِيهِ فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَبَّرَ وَصَفَفْنَا وَرَاءَهُ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ سَلَّمَ وَسَلَّمْنَا حِينَ سَلَّمَ
Saya akan lakukan (tunaikan permintaanmu), maka datanglah Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam kepada ku di waktu siang hari bersama Abu Bakar Radhiallahu 'anh ketika waktu hari sudah meninggi (sudah masuk solat zohor).
Rasulullah meminta izin untuk masuk (ke dalam rumah) maka aku pun izinkan, baginda tidak terus duduk sehingga dia berkata: Di manakah engkau suka aku bersolat di rumah mu ini?
Maka aku isyaratkan ke satu tempat yang aku suka bersolat di situ. Maka Rasulullah berdiri dan bertakbir, kami berdiri dalam saf di belakangnya. Dia bersolat dua rakaat kemudian memberi salam dan kami turut memberi salam ketika baginda memberi salam.”
Kata Ibn Hajar (852 H) di dalam Fath Al-Bari:
Ibnu Wahab meriwayatkan dari Malik bahawasanya tidak mengapa mengimamkan seseorang itu untuk satu kumpulan dalam solat sunat. Adapun solat (sunat) yang ianya sudah masyhur (diketahui) dan dihimpunkan manusia untuk menunaikannya (contohnya solat sunat terawih) maka tidaklah mengapa. Ini berdasarkan kaedah (usul) sad az zarai' kerana dikhuatiri orang yang tidak mengetahui akan menyangka bahawa solat sunat (yang ditunaikan berjemaah) itu adalah fardhu.”
Apa yang dapat difaham dari hadis Itban bin Malik bahawa solat sunat yang ditunaikan secara berjemaah oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam adalah solat sunat rawatib, bukan solat sunat hajat. Jadi berhujah dengan hadis ini dalam bab solat sunat hajat berjemaah berada dalam kedudukan ”pendalilan yang bersifat sangkaan” atau dalam bahasa arab (ظنية الدلالة). Ianya tidak bersifat qati'e dan meyakinkan kerana dalil hadis ini tidak disokong dengan hadis-hadis lain untuk mengisbatkan hukum solat sunat hajat berjemaah.
Bahkan sudah diketahui dari mafhum hadis tadi bahawa kedatangan Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam ke rumah Itban Bin Malik bukan kerana apa-apa hajat lain selain dari memenuhi permintaan untuk menunaikan solat fardhu berjemaah di rumah Itban itu. Untuk memperkuatkan alasan ini, mari kita lihat penjelasan Al-Imam An Nawawi di dalam kitab Al-Majmuk Syarah Muhazzab:
Fasal pada menyatakan masalah-masalah yang berkaitan bab solat sunat, (Perkara kelapan) Sesungguhnya telah (disebut) bahawa nawafil (solat-solat sunat) tidak disyariatkan berjemaah padanya kecuali solat dua hari raya (idul fitri dan idul adha), dua solat gerhana (bulan dan matahari), solat istisqa' (minta hujan) demikian juga solat tarawih dan witir sesudahnya, apabila kita mengatakan adalah lebih tepat bahawa ditunaikan berjemaah padanya (tarawih dan witir) ianya afdhal,
Dan adapun solat-solat sunat yang lain-lain seperti sunat-sunat rawatib yang (mengiringi) solat fardhu, sunat dhuha dan solat-solat sunat mutlak maka tidak disyariatkan berjemaah iaitu tidak diharuskan, tetapi kalau seseorang itu tunaikan berjemaah adalah harus dan tidak dikatakan makruh.
Dan Al-Imam As-Syafie (202H) telah menaskan (mewartakan) di dalam dua buah kitab Mukhtasar Al-Buwaiti dan Ar-Rabi' bahawasanya tak mengapa berjemaah dalam solat sunat dan dalil keharusannya berjemaah ialah hadis –hadis yang banyak di dalam kitab sahih, di antaranya Hadis Itban Bin Malik Radhiallahu 'anh.
Seandainya diperhatikan betul-betul teks (nas) yang diberikan oleh Al-Imam As-Syafie Rahimahullah sebagaimana yang dinukilkan semula Al-Imam An-Nawawi di dalam kitab Al-Majmuk: tidak disebut di dalamnya solat sunat hajat. Yang disebut hanya solat sunat rawatib, solat sunat dhuha dan solat sunat mutlak". Perhatikan kata-kata Al-Imam As-Syafie ”tetapi... kalau ditunaikan solat sunat berjemaah adalah harus.."
Ungkapan ”tetapi.... kalau” membawa maksud keharusan dan kebenaran adalah berada pada tahap bawah (bukan menjadi keutamaan dalam pilihan) kerana asalnya ia ditunaikan bersendirian. Sekali gus ia membawa maksud ”tidak perlu ditunaikan berpanjangan (sokmo-sokmo) dengan cara berjemaah” kerana dikhuatiri akan dianggap ianya wajib pada pandangan orang awam. Saya akan jelaskan kemudian berkenaan contoh-contoh lain kenapa amalan–amalan sunat yang bukan dalam bentuk lazim, tidak boleh sentiasa ditunaikan berjemaah.
Jadi berhujah dengan hadis Itban bin Malik dalam bab solat hajat bejemaah sudah tersasar dari apa yang dimaksudkan oleh Al-Imam As-Syafie. Untuk memperkuatkan hujah saya ini, kata lihat penjelsan lebih lanjut dari Al-Imam An-Nawawi sendiri di dalam kitab beliau yang lain iaitu kitab Raudhah At-Tolibin:
Di antara solat sunat yang tidak disunatkan berjemaah ialah solat sunat dhuha, sekurang-kurangnya dua rakaat….. di antaranya juga sunat tahiyyatul masjid dua rakaat….di antaranya juga dua rakaat ihram dan dua rakaat tawaf apabila kita tidak mewajibkannya….. di antaranya juga dua rakaat sesudah berwudhuk diniatkan solat sunat wudhuk…. Di antaranya juga sunat sebelum Jumaat empat rakaat dan sesudahnya empat rakaat ….. di antaranya juga dua rakaat sunat istikharah…. Di antaranya juga dua rakaat sunat hajat. Wallahu 'alam.
Sila perhatikan betul-betul, kata-kata Imam Nawawi. Apa yang disebut di bahagian akhir, jelas menunjukkan bahawa solat sunat Hajat bukan dari kategori solat yang ditunaikan berjemaah. Sekiranya Hadis Itban bin Malik boleh difahami sebagai adanya hukum harus solat hajat berjemaah sudah tentu Al-Imam An-Nawawi tidak memasukkan ke dalam bahagian ”solat-solat sunat yang tidak disunatkan berjemaah". Sekiranya anda tidak yakin dan merasa ragu-ragu dengan apa yang saya bentangkan di sini, maka anda disarankan membuka Kitab Raudhah At-Tolibin.
Benarkah Solat Sunat Hajat Sebahagian Dari Masalah Khilafiyyah?
Pertanyaan ini sukar untuk dijawab oleh sesetengah pihak yang mendakwa begitu. Hakikatnya dakwaan ini tidak bersandarkan kepada bukti yang jelas. Semuanya berhujah dengan hujah yang datang melalui pendekatan ”dengar cakap” atau dalam bahasa Kelantan ”dengar oghe lain kecek”.
Secara ilmiyyah yang menepati disiplin ilmu, memang tidak ada dalam mana-mana kitab Fekah atau kitab-kitab Hadis yang menyebut secara jelas ada pendapat lain yang mengharuskan berjemaah dalam solat hajat. Apa berlaku di tempat kita hanyalah pandangan peribadi orang-orang tertentu iaitu berdasarkan pandangan yang dibina atas kefahaman yang kurang tepat. Sebagaimana telah disebut tentang tujuan asal Itban Bin Malik menjemput Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam ke rumah beliau ialah untuk menunaikan solat fardhu.
Realiti Masa Kini Di Negara-Negara Islam Timur Tengah.
Selama beberapa tahun saya berada di kota Madinah, amalan solat hajat tidak pernah berlaku di masjid di Madinah, begitu juga di Masjidil Haram Mekah. Saya pernah bertanya kepada seorang rakan yang belajar di Universiti Al-Azhar Mesir dan berada di sana lebih 6 tahun:
“Adakah anta pernah tengok orang-orang Arab Mesir buat solat hajat berjemaah di masjid atau pun di rumah mereka kerana tujuan tertentu, selama 6 tahun anta berada di sana?”
Maka jawab rakan saya itu: ”Eh Eh ya tak ya jugak, tak adelah”.
Saya tanya lagi: ”Seandainya kita mendakwa, kita buat solat hajat berjemaah kerana kita bermazhab Syafie, Bukankah di Mesir, umat Islam di sana ramai bermazhab Syafie, kitab Mazhab Imam Syafie yang mana satu mereka pakai pulak hingga tak pernah ada sekali pun mereka buat solat hajat berjemaah? Dan kitab apa pula kita pakai hingga solat hajat berjemaah hampir setiap bulan berlaku dalam masyarakat kita terutama akhir tahun apabila budak-budak sekolah dah dekat musim peperiksaan?”
Rakan saya seakan tergamam dan hanya menjawab: ”Ana pun tak tahu jugak”.
Saya ingin mengemukakan persoalan kepada para pembaca, selama berpuluh-puluh tahun rakyat Palestin berperang dengan Israel (hidup dalam kancah peperangan), pernahkah kita mendengar satu sahaja laporan berita sama ada melalui akhbar atau televisyen, berbunyi bahawa ”satu majlis solat hajat beramai-ramai akan diadakan di Masjidil Aqsa, anjuran kerajaan Palestin”, memohon agar rakyat Palestin dipelihara Allah dari kejahatan bangsa jahat Israel? Pernahkah kita mendengar berita sebegini?.
Atau pernahkah kita mendengar berita bahawa rakyat Iraq berkumpul beramai-ramai dengan jumlah mungkin mencecah 10 ribu orang, mereka berhimpun di kawasan tanah lapang untuk menunaikan solat hajat berjemaah, memohon kepada Allah agar suasana huru hara di negara mereka akan pulih secepat mungkin? Memohon agar tentera-tentera Amerika segera berundur?
Jawapannya: Tiada sebarang laporan berita tentang adanya upacara solat hajat berjemaah dari dua buah negara yang dilanda peperangan itu. Adakah mereka tak pernah buat solat hajat? Jawapannya: Mungkin ada tetapi bukan secara berjemaah. Atau mereka mungkin memadai dengan berdoa selepas solat samada doa bersendirian atau doa beramai-ramai.
Mengikut sunnah Nabi, apabila berhadapan dengan kesusahan yang besar atau disebut malapetaka, cara yang betul bukan solat hajat berjemaah. Cara yang sebenarnya ialah membaca qunut nazilah dalam solat lima waktu. Al-Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah (751H) menyebut dalam kitab Zaad Al-Maad:
Imam Ahmad bin Hanbal (241H) menyebut dari Ibn Abbas (68H) katanya: ”Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam berqunut selama sebulan berturut-turut (setiap hari) dalam solat zohor, asar, maghrib, isyak dan subuh di akhir setiap solat apabila membaca سمع الله لمن حمده dari rakaat terakhir, mendoakan kebinasaan ke atas satu puak dari Bani Salim iaitu ke atas Ra'l, Zakwan. Dan Usyah Diaminkan oleh makmum di belakangnya… Riawayat Abu Daud .
Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radhiallahu 'anh juga membaca qunut (nazilah) di zaman pemerintahan beliau ketika berhadapan dengan masalah besar penentangan dari Musailamah Al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi . Tiada riwayat yang menyebut bahawa Abu Bakar As- Siddiq berhadapan dengan masalah besar ini dengan cara menunaikan solat hajat berjemaah.
Begitu juga Sayyidina Ali bin Abi Talib membaca qunut (nazilah) ketika berhadapan dengan penentangan dari puak Muawiyah dan pemberontakan penduduk Syam .
Saya merasa lucu apabila ada pihak tertentu menganjurkan solat hajat berjemaah di masjid selepas solat fardhu Jumaat atas tujuan memohon dijauhkan dari bencana penyakit selesema burung (SARS) satu ketika dahulu. Yang sebetulnya membaca qunut nazilah atau berdoa sahaja. Inilah akibatnya apabila sunnah dipinggirkan dari kefahaman fiqh masyarakat, hingga antara ibadat dan adat sudah bercampur aduk dan bertukar takir.
Pandangan Mazhab Lain Tentang Solat Sunat Hajat.
Rasanya tidak lengkap kalau saya tidak sertakan di sini pandangan para ulamak dari mazhab lain. Ini kerana, mengambil kira pendapat-pendapat ulamak lain selain dari ulamak dalam mazhab Al-Imam As-Syafie, dianggap lebih bersikap adil terhadap ilmu dan alim ulamak itu sendiri.
Dalam Mazhab Hanafi, solat sunat hajat diletakkan di bawah kumpulan solat sunat yang tidak muakkad dan langsung tidak dinyatakan bahawa ianya dilakukan secara berjemaah.
Manakala dalam Mazhab Maliki pula, solat sunat hajat dikategorikan di bawah sembahyang sunat ringan yang mempunyai sebab. Tidak dinyatakan hukum berjemaah dalam solat hajat, cuma ada disebut bahagian perkara makruh dalam melaksanakan sembahyang sunat (nawafil) menurut Mazhab Malik: iaitu sebanyak 4 perkara yang makruh di mana perkara makruh yang ke empat ialah:
Makruh berhimpun beramai-ramai untuk melakukan sembahyang sunat kecuali sunat Tarawih, kerana sembahyang sunat dilakukan secara bersendirian. Begitu juga makruh melakukan sembahyang sunat dalam jamaah yang kecil di suatu tempat yang masyhur di kalangan orang ramai.
Di dalam Mazhab Syafie pula:
Sembahyang sunat yang sunat dilakukan secara berjemaah ada tujuh iaitu sembahyang dua hari raya (raya puasa dan raya haji), sembahyang gerhana matahari dan bulan, sembahyang minta hujan, dan sembahyang tarawih”… sembahyang sunat witir selepas tarawih adalah disunatkan berjemaah.
Manakala untuk sembahyang sunat yang tidak disunatkan berjemaah terbahagi kepada dua:
1. Sembahyang rawatib bersama fardhu.
2. Sembahyang rawatib berasingan daripada fardhu.
Walaupun Dr. Wahbah Zuhaili didalam kitab Al Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu tidak memasukkan sembahyang sunat hajat dalam mana-mana dua bahagian, tetapi sudah diketahui bahawa solat sunat hajat bukan dari kategori solat sunat berjemaah sebagaimana keterangan beliau dalam ms. 60 bahawa sembahyang sunat berjemaah hanya tujuh solat sahaja.
Seterusnya dalam menerangkan Mazhab Hanbali dalam solat hajat ini, Dr. Wahbah Az-Zuhaili hanya menyebut:
Sembahyang hajat: Sembahyang ini adalah sunat mengikut hadis Abdullah bin Abi Aufa yang telah lalu yang terdapat dalam sunan Tirmizi yang mengatakan sebagai hadis gharib.
Tiada diberi keterangan samada solat sunat hajat dalam bahagian solat sunat secara berjemaah atau bukan secara berjemaah.
Bagaimanakah Jalan Penyelesaian Bagi Permasalahan Ini?
Berikut saya perturunkan beberapa cadangan untuk kita semak kembali amalan solat sunat hajat berjemaah.
Pertama:
Kembali kepada sunnah sepenuhnya – tunaikan solat hajat bersendirian – sekali pun kita merasakan solat hajat berjemaah itu lebih baik, itu hanyalah sangkaan kita. Hakikatnya, mengikuti sunnah Nabi dalam beribadah itu lebih baik sebagaimana kata Ibn Mas'ud dalam athar yang sahih: “Berpada-pada dengan sunnah lebih baik dari ijtihad dalam perkara bid'ah”.
Firman Allah dalam Surah An-Nuur:
Maksudnya: Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cobaan atau ditimpa azab yang pedih. [ An-Nuur 24: 63 ].
Dr. Wahbah Az-Zuhaili di dalam tafsiran terhadap ayat ini berkata:
Iaitu maka hendaklah merasa takut sesiapa yang menyalahi syariat Ar-Rasul Sallallahu alaihi wasallam secara batin dan zahir, yang menghalang, keluar dari perintahnya dan ketaatan kepadanya, dan itulah jalannya, manhajnya, sunnahnya dan syariatnya.
Mereka ialah golongan munafiqun, bahawa terdedahlah mereka kepada mehnah (kesusahan), atau bala' atau ujian di dunia dan sifat kufur dan nifaq atau ditimpa azab yang pedih di akhirat.
Kata nama (dhamir) pada (أمره) kembali kepada perintah Allah dan perintah Rasul-Nya. Ayat secara zahirnya menunjukkan perintah ini bersifat wajib. Ayat juga bersifat umum bagi semua orang yang menyanggahi perintah Allah Taala dan perintah Rasul-Nya Sallallahu alaihi wasallam dan bukannya untuk golongan munafiq sahaja.
Kedua:
Pilihan kedua dalam sunnah ialah berdoa selepas berwudhuk. Dibolehkan bertawassul dalam doa dengan nama-nama Allah dan Sifat-sifat-Nya, bertawassul dengan amalan soleh, bertawassul dengan keberkatan orang soleh yang masih hidup. Selain dari tiga cara ini, cara yang lain ada kekhilafan di kalangan ulamak. Pilihan pertama dan kedua dianggap mudah dan menepati ruh syariat yang bersifat taisir (memudahkan).
Sememangnya syariat Islam didatangkan dalam acuan yang bersifat memudahkan. Baginda Sallallahu alaihi wasallam telah membuat penegasan dalam sabdanya setiap kali diutuskan para sahabat ke mana-mana tempat atas urusan dakwah:
بَشِّرُوا وَلَا تُنَفِّرُوا وَيَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا
Gembirakanlah dan jangan biarkan mereka bertempiarn, permudahkan dan jangan persusahkan.Ketiga:
Boleh juga sekali-sekala ditunaikan berjemaah, tetapi dengan beberapa syarat yang perlu diberi perhatian:
• Jangan beri'tikad semasa melakukannya bahawa perbuatan solat hajat secara berjemaah ini sabit dari amalan Rasulullah.
• Jangan dilakukan ia secara tetap dan terlalu kerap. Tujuannya supaya orang awam tidak mengira bahawa solat hajat termasuk dalam kumpulan solat sunat yang disyariatkan berjemaah. Walaupun kita tidak pernah menyebut secara lisan solat sunat hajat itu wajib berjemaah, tetapi tindakan kita yang kerap menunaikannya secara berjemaah menggambarkan ”mind set” kita menetapkan ianya sebagai wajib.
• Jangan disertakan ia dengan amalan-amalan bid'ah seumpama meletakkan bekas air di depan imam. Perbuatan sedemikian tidak dirujuk kepada sebarang dalil dan hanya merupakan andaian semata-mata. Jika mahu dilakukan juga, maka sekali sekala ”bekas air tawar”juga perlu diletakkan depan imam semasa solat fardhu atau ketika seseorang sedang baca Al-Quran. Ini kerana semua amal ibadat dikira ada
berkatnya! Jangan khususkan keberkatan pada solat hajat sahaja.
• Jangan tetapkan peraturan sendiri dalam soal menunaikan solat hajat berjemaah seperti menetapkan bahawa satu solat untuk satu hajat. Jika ada 5 hajat maka kena solat hajat lima kali. Fenomena begini sering berlaku di sekolah-sekolah agama yang mempunyai peperiksaan seperti PMRU, PMR, SMU, SPM dan STAM.
Oleh kerana ada lima peperiksaan, maka pihak sekolah menganjurkan lima kali solat hajat. Ketetapan sebegini adalah satu kesalahan kerana membuat ketetapan sendiri tanpa ada sandaran dalil dari nas syarak. Atau menetapkan bahawa pelajar-pelajar sekolah agama wajib solat hajat berjemaah di masjid sekolah (sebagai contoh sahaja) dengan kadar seminggu sekali atau sebulan sekali. Atau menetapkan selepas solat hajat perlu berzikir dengan membaca lafaz tahlil (sebagai contoh) sebanyak 100 kali. Kita boleh berzikir, tetapi dengan syarat tidak menetapkan berapa jumlahnya.
Saya sendiri secara peribadi walaupun tidak setuju dengan amalan solat hajat secara berjemaah, ada kalanya saya turut serta, kerana mengambil kira faktor lain. Itu pun saya hanya jadi makmum. Kalau diminta jadi imam, maaf saya terpaksa mengundurkan diri dan harap kita saling bertolak ansur dan faham memahami.
Akhir kata, harapan dari saya agar kita semua dikurniakan oleh Allah ilmu dan kefahaman dalam urusan agama-Nya (العلم والفهم في أمور الدين.) Insya Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)