"MeNgeMuDi PeLaYaRaN BerPAkSikAn SyaRia'T "

Tuesday, December 14, 2010

Solat Sunat Hajat: Perlukah Berjemaah?

Oleh: Badrul Hisham bin Sulaiman


Seolah-olah sudah menjadi satu kemestian bagi masyarakat Melayu di Kelantan, apabila mereka mempunyai sebarang hajat, maka akan dijemput tok imam, beberapa orang jiran tetangga untuk datang ke rumah bagi tujuan menunaikan solat sunat hajat berjemaah. Seterusnya menjamu selera dengan sedikit hidangan yang disediakan oleh tuan rumah (empunya hajat).

Sudah berapa lama adat dan kebiasaan sebegini berkembang dalam masyarakat, saya sendiri tidak pasti kerana dari segi fakta sejarahnya tidak diketahui secara tepat bilakah ianya bermula. Maka di dalam risalah ini, saya akan cuba membuat analisa dan kajian secara ilmiyyah terhadap amalan ini; adakah semestinya ia diteruskan secara berjemaah atau memadai secara bersendirian. Atau dengan lain perkataan, cara yang mana satukah dikira lebih menepati sunnah?

Apa yang saya tulis, hanya sekadar analisa untuk membina percambahan minda. Terpulang kepada individu itu sendiri, sama ada mahu menerima atau sebaliknya. Bukanlah niat saya untuk mengubah kebiasaan yang sudah sebati dalam masyarakat, tapi sekurang-kurangnya biarlah kita benar-benar memahami sesuatu permasalahan agama dengan beramal mengikut disiplin ilmu yang memberi keyakinan.

Pensyariatan Solat Hajat

Dalil pertama:

Di dalam kebanyakan kitab-kitab Fekah Mazhab, ulamak-ulamak dalam mazhab berhujah dengan hadis Riwayat Adullah bin Abi Aufa Radhiallahu 'anh, hadis dikeluarkan oleh Ibnu Majah: Nas hadis seperti berikut:


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي أَوْفَى الْأَسْلَمِيِّ قَالَ: خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَنْ كَانَتْ لَهُ حَاجَةٌ إِلَى اللَّهِ أَوْ إِلَى أَحَدٍ مِنْ خَلْقِهِ فَلْيَتَوَضَّأْ وَلْيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ لِيَقُلْ لا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَالسَّلَامَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ أَسْأَلُكَ أَلَّا تَدَعَ لِي ذَنْبًا إِلَّا غَفَرْتَهُ وَلَا هَمًّا إِلَّا فَرَّجْتَهُ وَلَا حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلَّا قَضَيْتَهَا لِي ثُمَّ يَسْأَلُ اللَّهَ مِنْ أَمْرِ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ مَا شَاءَ فَإِنَّهُ يُقَدَّرُ

Dari Abdillah bin Aufa Al-aslamiy katanya: Rasulullah Sallallahu Alaihi wasallam keluar (menemui kami) dan berkata: “Sesiapa yang ada sebarang hajat kepada Allah atau kepada seseorang di kalangan makhluk–Nya (manusia) maka hendaklah dia berwudhu' dan solat dua rakaat kemudian dia berkata (berdoa):

Tiada Ilah melainkan Allah yang bersifat Al-Halim dan Al-Karim, maha suci Allah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung, Segala puji bagi Allah Rabb seluruh alam, Ya Allah! Aku memohon kepada engkau wajiblah ku mendapat rahmat-Mu, kemestian memperolehi keampunan-Mu, kaya dengan segala kebajikan, selamat sejahtera dari sebarang dosa, aku memohon kepada-Mu agar tidak engkau biarkan bagiku sebarang dosa melainkan diampunkan, tiada kedukaan melainkan dilepaskannya (dariku), tiada sebarang hajat demi redha-Mu melainkan engkau tunaikannya bagiku", kemudian mintalah kepada Allah dari sebarang urusan dunia dan akhirat apa yang dia kehendaki, maka sesungguhnya Dia (Allah) yang menentukan.

Status hadis dinilai oleh As-Syaikh Nasiruddin Al-Albani di dalam Misykatu Al-Masabih sebagai Hadis maudhuk (palsu) no.hadis 1327, Di dalam Dhaif Sunan Ibnu Majah beliau menilai sebagai Dhaif Jiddan (sangat lemah) no.hadis 1384. Hadis juga dikeluarkan oleh Imam Tirmizi(397H) dan beliau menilainya sebagai lemah, kerana pada sanadnya seorang yang bernama Faid bin Abdul Rahman (seorang yang dhaif, nama asalnya Abu Al-Warqa') . Hadis yang sama dikeluarkan juga oleh Al-Hakim didalam Al-Mustadrak Ala As-Sahihain .

Seandainya hadis ini memiliki status sahih sekali pun ia tidak mempunyai sebarang qarinah (petunjuk) yang memberi isyarat bahawa solat sunat hajat ditunaikan secara berjemaah. Al-Imam An-Nawawi (676H) telah menyebut dalam Kitab Al-Majmuk Syarh Al-Muhazzab:

Satu fasal: Masalah-masalah berkaitan dengan bab solat sunat ….(Ada sepuluh perkara yang disebut…) yang keenam: tentang solat hajat daripada Ibn Abi Aufa.

Perkara seumpama ini dinyatakan di dalam kitab Asna Al-Matalib, dan di dalam kitab Syarah Muntaha Al-Iradat .

Dalil kedua:
عن عثمان بن حنيف رضي الله عنه : أن أعمى أتى إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال يا رسول الله ادع الله أن يكشف لي عن بصري قال أو أدعك قال يا رسول الله إنه قد شق علي ذهاب بصري
قال فانطلق فتوضأ ثم صل ركعتين ثم قل اللهم إني أسألك وأتوجه إليك بنبيي محمد صلى الله عليه وسلم نبي الرحمة يا محمد إني أتوجه إلى ربي بك أن يكشف لي عن بصري اللهم شفعه في وشفعني في نفسي فرجع وقد كشف الله عن بصره. رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح غريب

Dari Uthman bin Hunaif Radhiallahu 'anh: Bahawa seorang lelaki buta datang kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, maka dia berkata:
Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar Dia menyingkapkan kembali pandangan mataku, Dan (Rasulullah) berkata: Atau aku biarkan engkau (terus dalam keadaan buta).

Lelaki buta berkata: Sesungguhnya telah menyukarkan aku akan kehilangan pandangan mataku ini.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Pergilah engkau berwudhuk, kemudian solatlah dua rakaat kemudian bacalah (berdoa):
“Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada Engkau dan aku bertawajjuh (menghalakan) permintaanku kepada-Mu dengan nabiku nabi pembawa rahmat , Ya Muhammad sesungguhnya aku bertawajjub kepada Tuhanku dengan (keberkatan dirimu) agar Dia menyingkapkan mataku (mengembalikan penglihatanku)”.

Nabi berkata: “Ya Allah: Syafaat dia dengan sebab diriku, syafaatkan aku pada diriku. Dia (si buta) kembali (ke rumahnya) dalam keadaan matanya telah Allah jadikan pulih seperti biasa (dapat melihat semula).”

Hadis ini dikeluarkan oleh Al-Imam An-Nasai di dalam Sunan Al-Kubra hadis no: 10496. Dimasukkan juga oleh Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak. Hadis ini dinilai sahih oleh Syaikh Nasiruddin Al-Albani di dalam Sahih At-Targhib Wa Tarhib, hadis no: 678. Pengarang asal kitab berkenaan Al-Imam Al-Munziri (Al-Hafiz Zakiyyudin Al-Azim Al-Munziri Ad-Dimasyqi) meletakkan Hadis ini dibawah tajuk: “galakan pada menunaikan solat hajat dan doanya".

Matan hadis ini satu-satunya matan hadis sahih yang dapat dikesan dalam bab solat hajat. Cuma di dalam riwayat Imam Tirmizi pula tiada disebut “sembahyanglah dua rakaat”.

Kefahaman Dan Pengajaran (Istinbat) Dari Hadis Uthman Bin Hunaif Radhiallahu 'anh:

  • Diharuskan kita meminta pertolongan dari orang lain yang lebih baik darjat dan kedudukannya di sisi Allah Subhanahu Wataala untuk mendo'akan bagi pihak orang yang berhajat seperti mana dalam kisah si buta yang datang berjumpa Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam memohon agar didoakan untuknya supaya dapat melihat kembali.
  • Orang yang dipohon pertolongan kepadanya pula berhak memilih samada untuk menolak atau pun menunaikan hajat orang yang berhajat. Berkaitan dengan kelebihan orang buta yang sabar dengan keadaan dirinya yang buta dinyatakan dalam hadis lain dalam Sahih Bukhari: hadis no: 5653 .
  • إِذَا ابْتَلَيْتُ عَبْدِي بِحَبِيبَتَيْهِ فَصَبَرَ عَوَّضْتُهُ مِنْهُمَا الْجَنَّةَ يُرِيدُ عَيْنَيْهِ
  • Apabila Aku menguji hamba-Ku dengan dua kekasihnya(dua biji matanya) maka dia bersabar, Aku gantikan untuknya (dari dua matanya yang buta) dengan syurga.
  • Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam menyuruh orang buta yang “berhajat” itu sendiri yang melaksanakan permohonan hajatnya kepada Allah. Perhatikan maksud yang dipetik dari hadis berkenaan “Pergilah engkau berwudhuk, kemudian solatlah dua rakaat kemudian bacalah (berdoa)”. Ungkapan ”maka pergilah engkau” diterjemah dari sabda Nabi
  • (فانطلق).

Ungkapan ini jelas membawa pengertian bahawa Nabi Sallallahu alaihi wasallam tidak mahu ”memanjakan” umatnya melakukan sesuatu dengan bergantung harap sepenuhnya kepada orang lain. Baginda lebih suka seseorang itu sendiri yang melakukannya, apatah lagi dalam urusan hajat yang berbentuk ”peribadi” seperti memohon orang lain tolong doakan untuk kita.

Ini bukanlah bermaksud, kita ditegah sama sekali memohon pertolongan dari orang lain untuk mendoakan bagi pihak kita. Cuma janganlah terlalu berlebih-lebihan dalam meminta dan hilang keyakinan untuk melakukan sendiri. Tiada menjadi kesalahan sekali-sekala kita meminta si fulan ini atau si fulan itu (yang dilihat sebagai sebagai orang yang alim yang warak lagi bertaqwa) mendoakan kebaikan bagi pihak kita.

Berdoalah kepada Allah dan tanamkan keyakinan di hati bahawa hajat kita akan diperkenankannya. Sehubungan dengan tajuk doa ini, Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالْإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لَاهٍ

Dari Abi Hurairah bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda: Berdoalah kepada Allah dan kamu yakin diperkenankan permintaanmu, dan ketahuilah Bahawa Allah tidak memperkenankan doa dari hati yang lalai dan leka.”

• Perhatikan dan renungkan keseluruhan maksud hadis ini. Lihatlah betapa besarnya hajat lelaki yang buta ini. Bayangkan juga betapa gembiranya hati beliau apabila matanya yang buta dapat celik semula. Namun, perasankah kita bahawa hadis ini tidak mengambarkan adanya sebarang qarinah (petunjuk atau isyarat) bahawa solat hajat yang ditunaikan oleh lelaki itu dilakukan secara berjamaah.

Tiada bukti bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam memanggil beberapa sahabat yang lain untuk ditunaikan solat hajat berjamaah di masjid atau pun di rumah. Seandainya hajat yang sebesar ini tidak dilakukan berjamaah, apakah alasan kita bahawa hajat sekecil ”dompet duit hilang”, atau ”si anak di rumah nak masuk periksa UPSR atau PMR atau lain-lain peperiksaan”, lalu kita merasakan seakan tidak sempurna permohonan hajat kita kepada Allah tanpa ada solat hajat berjemaah.

• Hadis ini juga menunjukkan bahawa permohonan hajat boleh dilakukan dalam tiga bentuk:

1. Berwudhuk dan berdoa (tanpa solat) sebagaimana dalam riwayat Imam A-Tirmizi.

2. Berwudhuk, solat (sendirian) dan berdoa (sebaiknya berdoa pada waktu yang mustajab doa seperti doa selepas solat fardhu atau berdoa pada waktu akhir malam sebelum masuk waktu solat subuh dan sebagainya).

3. Meminta bantuan dari pihak lain khususnya dari orang yang alim dan bertaqwa menunaikan solat dan berdoa bagi pihak kita. Tetapi bukanlah bermaksud dibuat berjemaah. Memadai si alim itu melakukannya sendirian di rumah. Cuma cara ini kurang digalakkan kerana Islam menggalakkan seseorang berusaha sendiri dan belajar ilmu tentang cara solat hajat dan bacaan doa.

Alasan yang biasa didengar ”kami minta tok imam tolong buat sembahyang hajat, sebab kami tak berapa pandai nak buat sendiri dan tak tahu doa dalam bahasa Arab”. Atau mungkin pelbagai lagi alasan lain yang dikemukakan. Soalnya sampai bila masyarakat hendak dibiarkan manja dengan bergantung harap kepada orang lain. Bukankah menuntut ilmu satu kefardhuan. Sabda Nabi Sallallahu alaihi wasallam dari riwayat Anas bin Malik:

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ

Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim"

Mungkin apa yang berlaku dalam kes ”solat hajat berjemaah” adalah implikasi dari budaya taqlid yang sudah begitu lama berakar umbi dalam masyarakat hingga budaya beramal mengikut disiplin ilmu yang tepat dan sahih hampir lenyap dan pupus. Semuanya berpegang kepada kaedah ”pakai main tiru” dan ”ikut apa yang orang ramai buat".

Budaya ”ikut apa yang orang ramai buat, kita pun buat sama” sudah lama membarah dalam masyarakat, hinggakan di kalangan ilmuan Islam (para ustaz, orang-orang alim dan tuan-tuan guru) turut sama terbabit dalam amalan yang bukan sebahagian dari budaya di zaman Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam, zaman sahabat mahu pun zaman tabiin.

Seandainya, dilontarkan pertanyaan kepada golongan yang belajar bidang agama tentang masalah solat hajat berjemaah, bukan semua mampu memberikan jawapan yang meyakinkan. paling tidak pun ada yang berkata ”buat apa nak bising, masalah inikan masalah khilafiyyah, nak buat berjemaah pun boleh, tak nak buat berjemaah pun boleh”.

Lebih mendukacitakan yang belajar sekolah agama pun jawab macam orang kampung yang tidak mengaji sekolah agama ”lihat tu, ramai orang alim turut sama buat, jadi tak betul ke kalu kita buat berjamaah". Ada juga yang kata ”Tidakkah kita digalakkan solat berjemaah kerana ianya lebih afdhal dari solat sendirian".

Jawapan-jawapan sebegini menggambarkan tahap mentaliti masyarakat Melayu yang berbeda-beda. Kalau beginilah cara berfikir golongan agamawan kita, maka tak peliklah masyarakat terus menerus dibelenggu budaya taqlid dan tiada langsung kesedaran hidup beragama berpandukan sumber ilmu yang tepat. Jauh sekali membentuk jiwa yang bermotivasi dalam bab menuntut ilmu.

Beginilah sikap orang kita dalam soal kehidupan beragama yang sepatutnya dikaji semula. Kita suka ambil sikap mudah dan buat ala kadar. Pada hal dalam urusan keduniaan kita begitu prihatin. Contoh: sekiranya kita menerima bil telefon yang tinggi dari kebiasaannya, sudah tentu kita segera bergegas ke Kedai Telekom mahu mengenal pasti apa sebabnya. Atau kita merasakan mungkin ada pihak lain yang curi line telefon rumah kita.

Namun dalam urusan ibadat dan agama, kita mengambil sikap ”pandang sebelah mata dan buat tak kisah". Apa yang saya ingin maksudkan di sini kita perlu bergerak membina kesedaran untuk kembali beramal mengikut zaman Rasulullah dan para sahabat baginda; atau dengan lain perkataan usaha membawa ”pembaharuan” (tajdid) dalam masyarakat kita perlu digiatkan.

Majlis-majlis pengajian ilmu perlu diubah pendekatannya. Minda masyarakat perlu ”dibedah” untuk dibuang penyakit fanatik dengan amalan tradisi hingga sukar menerima kebenaran. Kenapa saya mengatakan kita perlu kembali kepada beramal mengikut pendekatan para sahabat? Ini kerana generasi sahabat adalah adalah generasi yang paling baik. Diakui oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam: Lihat hadis berikut:

خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ
Sebaik-baik (golongan) manusia ialah yang hidup di zamanku, kemudian orang–orang yang selepasnya, kemudian orang-orang yang selepasnya.
Kelebihan dan keistimewaan para sahabat lebih menyerlah dari matan hadis berikut:

لا تَسُبُّوا أَصْحَابِي فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلَا نَصِيفَهُ
Jangan kamu cerca (caci dan maki) sahabat-sahabatku! Maka kalaulah seseorang di antara kamu membelanjakan emas seumpama bukit Uhud (banyaknya)tidaklah sampai (nilainya)menyamai seperti secupak atau setengah cupak yang mereka (sahabat-sahabatku) belanjakan.

Seandainya solat hajat secara berjemaah merupakan cara yang terbaik mengikut dakwaan sesetengah pihak, sudah tentu para sahabat yang terlebih dahulu melakukannya. Tetapi tidak ada satu pun riwayat di dalam mana-mana kitab Hadis atau Kitab Sirah, samada riwayat itu sahih, hasan atau dhaif menyebut ada sesiapa di kalangan sahabat pernah melakukannya. Tidak ada dan memang tidak ada. Sedangkan mereka juga manusia yang mempunyai hajat seperti kita. Ya! mereka hanya tunaikan solat hajat bersendirian di rumah atau mungkin di masjid tanpa berjemaah!

Ada setengah pihak menganggap hadis Uthman bin Hunaif bukan dalam bab solat hajat, tetapi dalam bab doa. Saya kehairanan mendengar jawapan sebegini kerana hadis tersebut secara jelas dimasukkan di bawah tajuk ”Galakan pada solat hajat dan doanya” seperti yang telah dinyatakan. Bahkan dalam matan hadis pun ada disebut ”Maka tunaikanlah solat (hajat) dua rakaat”.

Jadi adakah dikira wajar, matan hadis ini bukan dalam bab solat hajat, tapi hanya dalam doa sahaja? Saya memberikan soalan ini kepada pembaca maka terpulanglah kepada pembaca mencari sendiri jawapannya. Diharap pembaca dapat bersabar untuk terus membaca risalah ini hingga ke akhirnya. Sekarang kita lihat pula dalil seterusnya.

Dalil ketiga

Sebenarnya dalil ketiga ini, pada hakikatnya tiada kaitan dengan bab solat hajat berjemaah, tetapi terpaksa saya masukkan juga untuk perbahasan selanjutnya memandangkan ada pihak mendakwa ianya ada hubung kait dengan persoalan solat hajat berjemaah. Benar atau tidak dakwaan itu, sama-sama kita lihat nanti.

Pihak yang berkenaan mendakwa di dalam sesetengah kitab Fekah Mazhab Al-Imam As-Syafie Rahimahullah, ada di kalangan ulamak yang berpendapat hukum keharusan menunaikan solat hajat berjemaah dirujuk kepada umum satu riwayat hadis dalam Sahih Bukhari.

Hadis yang dimaksudkan ialah Hadis Itban bin Malik. Sebelum saya kemukakan hadis berkenaan, sukalah dimaklumkan bahawa setelah dibuat analisa dan kajian, rupa-rupanya di dalam Sahih Bukhari, hadis riwayat Itban Bin Malik diulang pada tujuh tempat yang berlainan, dengan tajuk yang berlainan tetapi matan hadis yang hampir sama. Oleh kerana hadisnya agak panjang, maka saya terus kepada terjemahannya dan manakala matan asal yang dibawakan di sini diambil bahagian akhir hadis:

Matan ini diambil dibawah tajuk ”Solat Sunat Berjemaah” dari hadis riwayat Anas dan Aisyah. Ceritanya begini:

Seorang rawi hadis yang bernama Mahmud mengatakan bahawa dia ada mendengar Itban bin Malik yang merupakan salah seorang sahabat yang telah ikut serta ke medan peperangan Badar, ada berkata:

Adalah aku menjadi imam bagi masyarakat kampungku (Bani Salim). Tapi oleh kerana antara rumahku dan tempat solat mereka (Bani Salim) ada wadi (lembah) yang mana apabila turun hujan aku tidak dapat pergi solat fardhu berjemaah bersama mereka. Maka sangat sukar bagiku untuk melepasi lembah berkenaan untuk menuju ke masjid.

Jadi aku pun pergi bertemu Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam dan memberitahunya: Pandangan mataku kurang baik (masalah penglihatan yang lemah), manakala kawasan berlembah antara rumahku dan orang-orang kampungku telah menghalangku untuk ke tempat solat kerana lembah berkenaan dipenuhi air selepas hujan turun. Sukar untukku melintasinya.

Jadi aku merasa suka kalau engkau Ya Rasulullah boleh datang ke rumahku untuk solat fardhu berjemaah di mana akan ku jadikan satu kawasan tertentu di dalam rumah sebagai tempat solat (musolla).
Maka berkatalah Rasulullah:

سَأَفْعَلُ فَغَدَا عَلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ بَعْدَ مَا اشْتَدَّ النَّهَارُ فَاسْتَأْذَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَذِنْتُ لَهُ فَلَمْ يَجْلِسْ حَتَّى قَالَ أَيْنَ تُحِبُّ أَنْ أُصَلِّيَ مِنْ بَيْتِكَ فَأَشَرْتُ لَهُ إِلَى الْمَكَانِ الَّذِي أُحِبُّ أَنْ أُصَلِّيَ فِيهِ فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَبَّرَ وَصَفَفْنَا وَرَاءَهُ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ سَلَّمَ وَسَلَّمْنَا حِينَ سَلَّمَ

Saya akan lakukan (tunaikan permintaanmu), maka datanglah Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam kepada ku di waktu siang hari bersama Abu Bakar Radhiallahu 'anh ketika waktu hari sudah meninggi (sudah masuk solat zohor).

Rasulullah meminta izin untuk masuk (ke dalam rumah) maka aku pun izinkan, baginda tidak terus duduk sehingga dia berkata: Di manakah engkau suka aku bersolat di rumah mu ini?

Maka aku isyaratkan ke satu tempat yang aku suka bersolat di situ. Maka Rasulullah berdiri dan bertakbir, kami berdiri dalam saf di belakangnya. Dia bersolat dua rakaat kemudian memberi salam dan kami turut memberi salam ketika baginda memberi salam.”

Kata Ibn Hajar (852 H) di dalam Fath Al-Bari:
Ibnu Wahab meriwayatkan dari Malik bahawasanya tidak mengapa mengimamkan seseorang itu untuk satu kumpulan dalam solat sunat. Adapun solat (sunat) yang ianya sudah masyhur (diketahui) dan dihimpunkan manusia untuk menunaikannya (contohnya solat sunat terawih) maka tidaklah mengapa. Ini berdasarkan kaedah (usul) sad az zarai' kerana dikhuatiri orang yang tidak mengetahui akan menyangka bahawa solat sunat (yang ditunaikan berjemaah) itu adalah fardhu.”
Apa yang dapat difaham dari hadis Itban bin Malik bahawa solat sunat yang ditunaikan secara berjemaah oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam adalah solat sunat rawatib, bukan solat sunat hajat. Jadi berhujah dengan hadis ini dalam bab solat sunat hajat berjemaah berada dalam kedudukan ”pendalilan yang bersifat sangkaan” atau dalam bahasa arab (ظنية الدلالة). Ianya tidak bersifat qati'e dan meyakinkan kerana dalil hadis ini tidak disokong dengan hadis-hadis lain untuk mengisbatkan hukum solat sunat hajat berjemaah.

Bahkan sudah diketahui dari mafhum hadis tadi bahawa kedatangan Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam ke rumah Itban Bin Malik bukan kerana apa-apa hajat lain selain dari memenuhi permintaan untuk menunaikan solat fardhu berjemaah di rumah Itban itu. Untuk memperkuatkan alasan ini, mari kita lihat penjelasan Al-Imam An Nawawi di dalam kitab Al-Majmuk Syarah Muhazzab:

Fasal pada menyatakan masalah-masalah yang berkaitan bab solat sunat, (Perkara kelapan) Sesungguhnya telah (disebut) bahawa nawafil (solat-solat sunat) tidak disyariatkan berjemaah padanya kecuali solat dua hari raya (idul fitri dan idul adha), dua solat gerhana (bulan dan matahari), solat istisqa' (minta hujan) demikian juga solat tarawih dan witir sesudahnya, apabila kita mengatakan adalah lebih tepat bahawa ditunaikan berjemaah padanya (tarawih dan witir) ianya afdhal,
Dan adapun solat-solat sunat yang lain-lain seperti sunat-sunat rawatib yang (mengiringi) solat fardhu, sunat dhuha dan solat-solat sunat mutlak maka tidak disyariatkan berjemaah iaitu tidak diharuskan, tetapi kalau seseorang itu tunaikan berjemaah adalah harus dan tidak dikatakan makruh.

Dan Al-Imam As-Syafie (202H) telah menaskan (mewartakan) di dalam dua buah kitab Mukhtasar Al-Buwaiti dan Ar-Rabi' bahawasanya tak mengapa berjemaah dalam solat sunat dan dalil keharusannya berjemaah ialah hadis –hadis yang banyak di dalam kitab sahih, di antaranya Hadis Itban Bin Malik Radhiallahu 'anh.

Seandainya diperhatikan betul-betul teks (nas) yang diberikan oleh Al-Imam As-Syafie Rahimahullah sebagaimana yang dinukilkan semula Al-Imam An-Nawawi di dalam kitab Al-Majmuk: tidak disebut di dalamnya solat sunat hajat. Yang disebut hanya solat sunat rawatib, solat sunat dhuha dan solat sunat mutlak". Perhatikan kata-kata Al-Imam As-Syafie ”tetapi... kalau ditunaikan solat sunat berjemaah adalah harus.."
Ungkapan ”tetapi.... kalau” membawa maksud keharusan dan kebenaran adalah berada pada tahap bawah (bukan menjadi keutamaan dalam pilihan) kerana asalnya ia ditunaikan bersendirian. Sekali gus ia membawa maksud ”tidak perlu ditunaikan berpanjangan (sokmo-sokmo) dengan cara berjemaah” kerana dikhuatiri akan dianggap ianya wajib pada pandangan orang awam. Saya akan jelaskan kemudian berkenaan contoh-contoh lain kenapa amalan–amalan sunat yang bukan dalam bentuk lazim, tidak boleh sentiasa ditunaikan berjemaah.

Jadi berhujah dengan hadis Itban bin Malik dalam bab solat hajat bejemaah sudah tersasar dari apa yang dimaksudkan oleh Al-Imam As-Syafie. Untuk memperkuatkan hujah saya ini, kata lihat penjelsan lebih lanjut dari Al-Imam An-Nawawi sendiri di dalam kitab beliau yang lain iaitu kitab Raudhah At-Tolibin:

Di antara solat sunat yang tidak disunatkan berjemaah ialah solat sunat dhuha, sekurang-kurangnya dua rakaat….. di antaranya juga sunat tahiyyatul masjid dua rakaat….di antaranya juga dua rakaat ihram dan dua rakaat tawaf apabila kita tidak mewajibkannya….. di antaranya juga dua rakaat sesudah berwudhuk diniatkan solat sunat wudhuk…. Di antaranya juga sunat sebelum Jumaat empat rakaat dan sesudahnya empat rakaat ….. di antaranya juga dua rakaat sunat istikharah…. Di antaranya juga dua rakaat sunat hajat. Wallahu 'alam.

Sila perhatikan betul-betul, kata-kata Imam Nawawi. Apa yang disebut di bahagian akhir, jelas menunjukkan bahawa solat sunat Hajat bukan dari kategori solat yang ditunaikan berjemaah. Sekiranya Hadis Itban bin Malik boleh difahami sebagai adanya hukum harus solat hajat berjemaah sudah tentu Al-Imam An-Nawawi tidak memasukkan ke dalam bahagian ”solat-solat sunat yang tidak disunatkan berjemaah". Sekiranya anda tidak yakin dan merasa ragu-ragu dengan apa yang saya bentangkan di sini, maka anda disarankan membuka Kitab Raudhah At-Tolibin.

Benarkah Solat Sunat Hajat Sebahagian Dari Masalah Khilafiyyah?
Pertanyaan ini sukar untuk dijawab oleh sesetengah pihak yang mendakwa begitu. Hakikatnya dakwaan ini tidak bersandarkan kepada bukti yang jelas. Semuanya berhujah dengan hujah yang datang melalui pendekatan ”dengar cakap” atau dalam bahasa Kelantan ”dengar oghe lain kecek”.

Secara ilmiyyah yang menepati disiplin ilmu, memang tidak ada dalam mana-mana kitab Fekah atau kitab-kitab Hadis yang menyebut secara jelas ada pendapat lain yang mengharuskan berjemaah dalam solat hajat. Apa berlaku di tempat kita hanyalah pandangan peribadi orang-orang tertentu iaitu berdasarkan pandangan yang dibina atas kefahaman yang kurang tepat. Sebagaimana telah disebut tentang tujuan asal Itban Bin Malik menjemput Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam ke rumah beliau ialah untuk menunaikan solat fardhu.

Realiti Masa Kini Di Negara-Negara Islam Timur Tengah.

Selama beberapa tahun saya berada di kota Madinah, amalan solat hajat tidak pernah berlaku di masjid di Madinah, begitu juga di Masjidil Haram Mekah. Saya pernah bertanya kepada seorang rakan yang belajar di Universiti Al-Azhar Mesir dan berada di sana lebih 6 tahun:
“Adakah anta pernah tengok orang-orang Arab Mesir buat solat hajat berjemaah di masjid atau pun di rumah mereka kerana tujuan tertentu, selama 6 tahun anta berada di sana?”

Maka jawab rakan saya itu: ”Eh Eh ya tak ya jugak, tak adelah”.
Saya tanya lagi: ”Seandainya kita mendakwa, kita buat solat hajat berjemaah kerana kita bermazhab Syafie, Bukankah di Mesir, umat Islam di sana ramai bermazhab Syafie, kitab Mazhab Imam Syafie yang mana satu mereka pakai pulak hingga tak pernah ada sekali pun mereka buat solat hajat berjemaah? Dan kitab apa pula kita pakai hingga solat hajat berjemaah hampir setiap bulan berlaku dalam masyarakat kita terutama akhir tahun apabila budak-budak sekolah dah dekat musim peperiksaan?”
Rakan saya seakan tergamam dan hanya menjawab: ”Ana pun tak tahu jugak”.

Saya ingin mengemukakan persoalan kepada para pembaca, selama berpuluh-puluh tahun rakyat Palestin berperang dengan Israel (hidup dalam kancah peperangan), pernahkah kita mendengar satu sahaja laporan berita sama ada melalui akhbar atau televisyen, berbunyi bahawa ”satu majlis solat hajat beramai-ramai akan diadakan di Masjidil Aqsa, anjuran kerajaan Palestin”, memohon agar rakyat Palestin dipelihara Allah dari kejahatan bangsa jahat Israel? Pernahkah kita mendengar berita sebegini?.

Atau pernahkah kita mendengar berita bahawa rakyat Iraq berkumpul beramai-ramai dengan jumlah mungkin mencecah 10 ribu orang, mereka berhimpun di kawasan tanah lapang untuk menunaikan solat hajat berjemaah, memohon kepada Allah agar suasana huru hara di negara mereka akan pulih secepat mungkin? Memohon agar tentera-tentera Amerika segera berundur?

Jawapannya: Tiada sebarang laporan berita tentang adanya upacara solat hajat berjemaah dari dua buah negara yang dilanda peperangan itu. Adakah mereka tak pernah buat solat hajat? Jawapannya: Mungkin ada tetapi bukan secara berjemaah. Atau mereka mungkin memadai dengan berdoa selepas solat samada doa bersendirian atau doa beramai-ramai.
Mengikut sunnah Nabi, apabila berhadapan dengan kesusahan yang besar atau disebut malapetaka, cara yang betul bukan solat hajat berjemaah. Cara yang sebenarnya ialah membaca qunut nazilah dalam solat lima waktu. Al-Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah (751H) menyebut dalam kitab Zaad Al-Maad:

Imam Ahmad bin Hanbal (241H) menyebut dari Ibn Abbas (68H) katanya: ”Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam berqunut selama sebulan berturut-turut (setiap hari) dalam solat zohor, asar, maghrib, isyak dan subuh di akhir setiap solat apabila membaca سمع الله لمن حمده dari rakaat terakhir, mendoakan kebinasaan ke atas satu puak dari Bani Salim iaitu ke atas Ra'l, Zakwan. Dan Usyah Diaminkan oleh makmum di belakangnya… Riawayat Abu Daud .

Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radhiallahu 'anh juga membaca qunut (nazilah) di zaman pemerintahan beliau ketika berhadapan dengan masalah besar penentangan dari Musailamah Al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi . Tiada riwayat yang menyebut bahawa Abu Bakar As- Siddiq berhadapan dengan masalah besar ini dengan cara menunaikan solat hajat berjemaah.

Begitu juga Sayyidina Ali bin Abi Talib membaca qunut (nazilah) ketika berhadapan dengan penentangan dari puak Muawiyah dan pemberontakan penduduk Syam .

Saya merasa lucu apabila ada pihak tertentu menganjurkan solat hajat berjemaah di masjid selepas solat fardhu Jumaat atas tujuan memohon dijauhkan dari bencana penyakit selesema burung (SARS) satu ketika dahulu. Yang sebetulnya membaca qunut nazilah atau berdoa sahaja. Inilah akibatnya apabila sunnah dipinggirkan dari kefahaman fiqh masyarakat, hingga antara ibadat dan adat sudah bercampur aduk dan bertukar takir.

Pandangan Mazhab Lain Tentang Solat Sunat Hajat.

Rasanya tidak lengkap kalau saya tidak sertakan di sini pandangan para ulamak dari mazhab lain. Ini kerana, mengambil kira pendapat-pendapat ulamak lain selain dari ulamak dalam mazhab Al-Imam As-Syafie, dianggap lebih bersikap adil terhadap ilmu dan alim ulamak itu sendiri.

Dalam Mazhab Hanafi, solat sunat hajat diletakkan di bawah kumpulan solat sunat yang tidak muakkad dan langsung tidak dinyatakan bahawa ianya dilakukan secara berjemaah.

Manakala dalam Mazhab Maliki pula, solat sunat hajat dikategorikan di bawah sembahyang sunat ringan yang mempunyai sebab. Tidak dinyatakan hukum berjemaah dalam solat hajat, cuma ada disebut bahagian perkara makruh dalam melaksanakan sembahyang sunat (nawafil) menurut Mazhab Malik: iaitu sebanyak 4 perkara yang makruh di mana perkara makruh yang ke empat ialah:

Makruh berhimpun beramai-ramai untuk melakukan sembahyang sunat kecuali sunat Tarawih, kerana sembahyang sunat dilakukan secara bersendirian. Begitu juga makruh melakukan sembahyang sunat dalam jamaah yang kecil di suatu tempat yang masyhur di kalangan orang ramai.

Di dalam Mazhab Syafie pula:
Sembahyang sunat yang sunat dilakukan secara berjemaah ada tujuh iaitu sembahyang dua hari raya (raya puasa dan raya haji), sembahyang gerhana matahari dan bulan, sembahyang minta hujan, dan sembahyang tarawih”… sembahyang sunat witir selepas tarawih adalah disunatkan berjemaah.

Manakala untuk sembahyang sunat yang tidak disunatkan berjemaah terbahagi kepada dua:

1. Sembahyang rawatib bersama fardhu.
2. Sembahyang rawatib berasingan daripada fardhu.

Walaupun Dr. Wahbah Zuhaili didalam kitab Al Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu tidak memasukkan sembahyang sunat hajat dalam mana-mana dua bahagian, tetapi sudah diketahui bahawa solat sunat hajat bukan dari kategori solat sunat berjemaah sebagaimana keterangan beliau dalam ms. 60 bahawa sembahyang sunat berjemaah hanya tujuh solat sahaja.

Seterusnya dalam menerangkan Mazhab Hanbali dalam solat hajat ini, Dr. Wahbah Az-Zuhaili hanya menyebut:

Sembahyang hajat: Sembahyang ini adalah sunat mengikut hadis Abdullah bin Abi Aufa yang telah lalu yang terdapat dalam sunan Tirmizi yang mengatakan sebagai hadis gharib.

Tiada diberi keterangan samada solat sunat hajat dalam bahagian solat sunat secara berjemaah atau bukan secara berjemaah.

Bagaimanakah Jalan Penyelesaian Bagi Permasalahan Ini?

Berikut saya perturunkan beberapa cadangan untuk kita semak kembali amalan solat sunat hajat berjemaah.

Pertama:

Kembali kepada sunnah sepenuhnya – tunaikan solat hajat bersendirian – sekali pun kita merasakan solat hajat berjemaah itu lebih baik, itu hanyalah sangkaan kita. Hakikatnya, mengikuti sunnah Nabi dalam beribadah itu lebih baik sebagaimana kata Ibn Mas'ud dalam athar yang sahih: “Berpada-pada dengan sunnah lebih baik dari ijtihad dalam perkara bid'ah”.

Firman Allah dalam Surah An-Nuur:
              
Maksudnya: Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cobaan atau ditimpa azab yang pedih. [ An-Nuur 24: 63 ].

Dr. Wahbah Az-Zuhaili di dalam tafsiran terhadap ayat ini berkata:
Iaitu maka hendaklah merasa takut sesiapa yang menyalahi syariat Ar-Rasul Sallallahu alaihi wasallam secara batin dan zahir, yang menghalang, keluar dari perintahnya dan ketaatan kepadanya, dan itulah jalannya, manhajnya, sunnahnya dan syariatnya.

Mereka ialah golongan munafiqun, bahawa terdedahlah mereka kepada mehnah (kesusahan), atau bala' atau ujian di dunia dan sifat kufur dan nifaq atau ditimpa azab yang pedih di akhirat.

Kata nama (dhamir) pada (أمره) kembali kepada perintah Allah dan perintah Rasul-Nya. Ayat secara zahirnya menunjukkan perintah ini bersifat wajib. Ayat juga bersifat umum bagi semua orang yang menyanggahi perintah Allah Taala dan perintah Rasul-Nya Sallallahu alaihi wasallam dan bukannya untuk golongan munafiq sahaja.

Kedua:
Pilihan kedua dalam sunnah ialah berdoa selepas berwudhuk. Dibolehkan bertawassul dalam doa dengan nama-nama Allah dan Sifat-sifat-Nya, bertawassul dengan amalan soleh, bertawassul dengan keberkatan orang soleh yang masih hidup. Selain dari tiga cara ini, cara yang lain ada kekhilafan di kalangan ulamak. Pilihan pertama dan kedua dianggap mudah dan menepati ruh syariat yang bersifat taisir (memudahkan).
Sememangnya syariat Islam didatangkan dalam acuan yang bersifat memudahkan. Baginda Sallallahu alaihi wasallam telah membuat penegasan dalam sabdanya setiap kali diutuskan para sahabat ke mana-mana tempat atas urusan dakwah:

بَشِّرُوا وَلَا تُنَفِّرُوا وَيَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا
Gembirakanlah dan jangan biarkan mereka bertempiarn, permudahkan dan jangan persusahkan.

Ketiga:
Boleh juga sekali-sekala ditunaikan berjemaah, tetapi dengan beberapa syarat yang perlu diberi perhatian:

• Jangan beri'tikad semasa melakukannya bahawa perbuatan solat hajat secara berjemaah ini sabit dari amalan Rasulullah.

• Jangan dilakukan ia secara tetap dan terlalu kerap. Tujuannya supaya orang awam tidak mengira bahawa solat hajat termasuk dalam kumpulan solat sunat yang disyariatkan berjemaah. Walaupun kita tidak pernah menyebut secara lisan solat sunat hajat itu wajib berjemaah, tetapi tindakan kita yang kerap menunaikannya secara berjemaah menggambarkan ”mind set” kita menetapkan ianya sebagai wajib.

• Jangan disertakan ia dengan amalan-amalan bid'ah seumpama meletakkan bekas air di depan imam. Perbuatan sedemikian tidak dirujuk kepada sebarang dalil dan hanya merupakan andaian semata-mata. Jika mahu dilakukan juga, maka sekali sekala ”bekas air tawar”juga perlu diletakkan depan imam semasa solat fardhu atau ketika seseorang sedang baca Al-Quran. Ini kerana semua amal ibadat dikira ada
berkatnya! Jangan khususkan keberkatan pada solat hajat sahaja.

• Jangan tetapkan peraturan sendiri dalam soal menunaikan solat hajat berjemaah seperti menetapkan bahawa satu solat untuk satu hajat. Jika ada 5 hajat maka kena solat hajat lima kali. Fenomena begini sering berlaku di sekolah-sekolah agama yang mempunyai peperiksaan seperti PMRU, PMR, SMU, SPM dan STAM.

Oleh kerana ada lima peperiksaan, maka pihak sekolah menganjurkan lima kali solat hajat. Ketetapan sebegini adalah satu kesalahan kerana membuat ketetapan sendiri tanpa ada sandaran dalil dari nas syarak. Atau menetapkan bahawa pelajar-pelajar sekolah agama wajib solat hajat berjemaah di masjid sekolah (sebagai contoh sahaja) dengan kadar seminggu sekali atau sebulan sekali. Atau menetapkan selepas solat hajat perlu berzikir dengan membaca lafaz tahlil (sebagai contoh) sebanyak 100 kali. Kita boleh berzikir, tetapi dengan syarat tidak menetapkan berapa jumlahnya.

Saya sendiri secara peribadi walaupun tidak setuju dengan amalan solat hajat secara berjemaah, ada kalanya saya turut serta, kerana mengambil kira faktor lain. Itu pun saya hanya jadi makmum. Kalau diminta jadi imam, maaf saya terpaksa mengundurkan diri dan harap kita saling bertolak ansur dan faham memahami.

Akhir kata, harapan dari saya agar kita semua dikurniakan oleh Allah ilmu dan kefahaman dalam urusan agama-Nya (العلم والفهم في أمور الدين.) Insya Allah.

Friday, December 10, 2010

Kekuatan Kita Poco-Poco, Kekuatan Mereka Tangisan


Jika ada pemimpin negara kita galak menari poco-poco, isterinya pula menyanyi lagu-lagu retro, anak-anaknya pula berpeleseran di barat dunia, sambil pengikutnya menjadi model catwalk show; apakah bakal diharapkan pada sebuah masyarakat dan umat sebegini?

Berhenti sekejap.

Merenung.

Kita tidak akan ke mana.

Kita sedang tidak menentu hala.

Apakah rahsia kekuatan Iran.

Beberapa bulan ini saya mengenengahkan buat kalian kekuatan Iran dalam segenap bidang. Sehingga ia menjadi kuasa besar yang menggerunkan dan dihormati. Apakah rahsia kesederhanaan pemimpinnya, iaitu Dr Ahmadinejad?

Saya akan memberitahu anda sejarah dan falsafahnya.

Rahsia mereka ialah tangisan.

Tangisan dan ratapan menjadi sesuatu yang sangat sentral dalam politik dalaman mahupun luar, Republik Islam Iran. Mereka menangis samada kerana ditindas oleh kuasa luar dan kerana mazhab anutan mereka menekankan bahawa tangisan adalah sumber kekuatan. Kerana orang yang menangis dan meratap akan selalunya bangkit.

Dalam sejarah, Naser al-Din Shah Qajar telah ke Karbala dan sebelum menjejaki makam Saidina Husin, beliau bertitah kepada Perdana Menterinya (he was the type of perdana menteri that does not dance poco-poco in his leisure time for sure). Titah Naser al-Din Shah Qajar, 'Carikan aku seseorang yang dapat menceritakan kembali sejarah Karbala supaya aku dapat menangis.'

Perdana Menteri telah mencarikan beberapa orang tukang khabar. Setiap seorang menceritakan kembali tragedi Karbala dan peristiwa syahidnya Saidina Husin cucunda Rasulullah SAW.

Akan tetapi Shah tidak menangis. Tidak seorang pun tukang khabar dapat membuatkan baginda menangis.

Perdana Menteri menjadi bimbang dan takut. Ia memberitahu tukang khabar, 'Jika tiada sesiapa yang dapat melunasi kehendak baginda tentulah baginda akan murka.'

Waktu itu kemurkaan raja tidak akan berakhir dengan wawancara, titah amaran atau pelucutan gelaran sahaja; natijahnya jauh lebih buruk.

Penduduk Karbala memberitahu Perdana Menteri, 'Bahawa ada seorang lelaki tua yang kurang terkenal. Akan tetapi lelaki tua ini berpengalaman dan bijak.'

Lelaki misteri ini kemudian menenangkan Perdana Menteri, 'Jangan gusar, aku akan membuatkan Shah menangis.'

Sebaik sahaja lelaki tua menghadap Shah, beliau pun berpaling ke jihat makam Saidina Husin lalu bersuara dengan keras,

"Duhai Husin, tatkala engkau kehilangan semua sahabat dan ahli keluargamu lalu berdiri sendirian di tengah gurun Karbala, engkau telah berteriak, 'Adakah seorang naser [penolong dalam bahasa Arab] yang akan membantu diriku?. Aduh Husin, sekarang seorang Naser datang [nama Shah tersebut] akan tetapi duhai kekasihku Husin, dia sudah terlambat, dan engkau Husin telah pun dibunuh!"

Sebaik sahaja mendengar ucapan lelaki tua ini, shah tersebut meledak menangis bercucuran air mata. Langsung teresak-esak. Duhai betapa benar wahai Husin, engkau terkapar dibunuh sedemikian kejam dan umat Muhammad tidak bersamamu pada waktu itu. Mereka sedang ditimbus harta rampasan perang, kekayaan tanah taklukan, lalu melupakan agama ajaran nendamu.

Setelah Revolusi Islam Iran, tangisan menjadi sangat sentral dalam politik dan kepimpinan. Saat Imam Khomeini menamatkan perang Iran-Iraq, ramai pegawai beliau menangis senyap membantah keputusan beliau. Akan tetapi suara Imam adalah suara keramat.

Di hari Imam Khomeini melucutkan Ayatullah Hossein Ali Montazeri sebagai pengganti beliau; menurut Ayatullah Hamid Rohani, al-Marhum Imam menangis tiga kali dengan penuh sedu-sedan. Ketahuilah, setiap kali Imam Khomeini akan membuka mulutnya untuk berucap, khayalak akan menangis.

Ketika rusuhan politik mengganas di Iran setelah lantikan Ahmadinejad dipertikaikan; rahbar, atau pemimpin agung Iran saat ini, Ayatullah Ali Khamenei menangis di dalam khutbah Jumaat monumentalnya, dan semua khayalak ikut menangis.

Tangisan mereka meredakan rusuhan yang didalangi barat dan zionis tersebut.

Kenapa mereka menangis begitu?

Tidak, mereka bukan gila. Tentu mereka tidak disumpah. Mereka percaya tangisan adalah aset orang beriman (saya akan datangkan dalil dalam entri lain kelak). Tangisan inilah juga yang menjadi sumbu kekuatan Hezbullah dalam mendepani zionis Israel.

Tangisan yang saya maksudkan bukanlah bentuk tangisan ala chedet atau nek dah. Jika tangisan sahaja memadai untuk menjadi hebat, maka saya boleh senaraikan pelajar-pelajar kursus lakonan ASWARA yang mahir menangis dengan jayanya.

Tangisan yang dimaksudkan adalah tangisan berbumbukan agama. Mereka menangisi pilihan tragis cucunda Nabi.

Kita? Kita benar-benar ketandusan pemimpin. Juga pembimbing. Dua tiga kerat agamawan yang rajin; kerjanya tidak mencari ubat kepada masalah umat tetapi segar melabel dan menghunjam orang lain dengan batu kesesatan.

Harapan kepada sebuah masyarakat madani juga musnah; kerana kelompok yang memperjuangkannya dilumuti korupsi, kekejian moral, dan tetap percaya bahawa 'ini adalah anugerah tuhan'.

Saya kira menangis mempunyai banyak kebaikannya dalam Islam (Insya-Allah edisi entri akan datang bakal membongkar lebih lanjut persoalan ini), ia malah sunnah Rasulullah, sahabat baginda dan para anbiya. Saya dan anda tahu, walau kita simpan dalam hati akan kebenaran hal tersebut. Seperti mana kita juga tahu bahawa poco-poco adalah bid'ah yang memang tidak dilakukan oleh Rasulullah, sahabat baginda dan para anbiya.

Kalian tentu mahukan pemimpin yang banyak menangis berbanding pemimpin yang banyak menari dan menyanyi, bukan begitu?


Sunday, December 5, 2010

Awal Muharram (Tahun Baru Islam)



Awal Muharram..Anda Tahu Mengenainya?
Posted by j-QAF SK SULAIMAN

PENGENALAN AWAL MUHARRAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya,
Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi). Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya. Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya
kehormatannya.

Doa Awal Tahun (dibaca 3 kali selepas maghrib)


Maksudnya :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan
dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Akhir Tahun (dibaca 3 kali sebelum maghrib)

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


PERISTIWA PENTING BULAN MUHARRAM
  1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
  2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.

  1. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  2. Nabi Isa diangkat ke langit.
Sumber: Al-Azim.comDibangunkan oleh: Jabatan Mufti Negeri Perak

Saturday, November 27, 2010

Isteri tak pandai masak vs suami tidak boleh jadi imam !


Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan menyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Ms Syariffanor Hisham
Department of Computer Science
University of York
Heslington, York
United Kingdom

Friday, November 19, 2010

WajaH CeRiA SaHaBAt2 MnGhAfAz SetiaP LeMbArAN Al-QuRAn d KMT PaHanG.....

                                                   semua shbt2 siap sedia utk d tasmi'
                                                             ust dh sampai...smue berkumpul.....
                                                       wjah ceria shbt2 especially ydp ana...
                                                          terposing la pulak.....


                                                      menunggu giliran utk d tasmi'.....
                                                          peserta yg pertame......................hihi
                                                        ni maen ke mnghafaz????

Pembimbing: Ust Naim
                   (Pegawai Agama Bandar Jengka)



Sunday, October 31, 2010

Hormati Perbezaan Pendapat

Ramai dikalangan manusia yang tidak mampu  berlapang dada menerima pendapat manusia lain walaupun dia mempunyai pendapat sendiri, tidak kira dalam  pelbagai urusan.
Peniaga dengan cara peniaga, agamawan dengan cara agamawan.
Kadang-kadang perbezaan sampai kepada perkara usul aqidah, ini bahaya.
Perbezaan pendapat sangat baik, kerana ia mencetuskan idea yang berlainan, cara fikir yang berbeza, pengetahuan yang meluas, menentukan jati diri seseorang.
Sesungguhnya, "ikhtilaf itu rahmat".
Yang menjadi rahmat itu apabila masing-masing berbesar hati menerima dan bersedia berhujah dengan hujah ilmiah tanpa di dorong dengan nafsu amarah.
Perumpamaan
Tiga orang pelajar yang duduk di dalam kelas dan memandang ke luar, seorang melihat kepada pokok, seorang lagi melihat kepada awan, dan seorang lagi melihat kepada kereta guru, semuanya pasti mempunyai tafsiran berbeza terhadap objek.
Tuhan menciptakan manusia ini berbeza dari segi cara berfikir.
Itulah kehebatan tuhan.
Dalam berbilion-bilion manusia jarang sekali mempunyai pendapat yang sama pada waktu yang sama.
Oleh sebab itulah kita harus menerima perbezaan pendapat,  walaupun ramai yang tidak mampu menerima kerana sudah terbiasa di didik dengan  'rasa betul'.
Apabila berlaku perbezaan, hatinya cepat marah.
Orang-orang cerdik mengatakan "cerek yang kecil lebih mudah panas, begitu juga orang yang berhati kecil".
Kenapa perlu merasa panas hati apabila orang lain berpendapat berbeza? pengalaman kehidupan manusia itu tidak pernah sama.
Si A memandang pokok kelapa kerana dia hanya mempunyai pengetahuan tentang buahnya, tetapi si B apabila memandang pokok kelapa, dia tahu dari daun, batang sehingga ke buah mempunyai kegunaan tersendiri.
Begitu juga orang yang belajar.
Kita mungkin belajar pada tempat berbeza dengan guru yang berbeza.
Pemahaman kita dengan orang lain sudah tentu berbeza.
Mana mungkin Si A belajar dengan guru B tetapi mengetahui  apa yang diajarkan oleh guru C pada masa yang sama.
Sikap kita melambangkan siapa kita.
Orang yang tidak boleh menerima pendapat orang lain, bermakna dia orang yang  berfikiran negatif dan selalunya baran.
Orang begini tidak boleh bekerja  secara berkumpulan atau menghadiri mesyuarat apa pun, kerana pasti mendatangkan  masalah.
Pernah suatu ketika seorang ahli falsafah yang bernama Galileo Galilei yang lahir di Pisa pada tahun 1564 ditangkap oleh pihak gereja pada zamannya hanya kerana berbeza pendapat dalam hal samada bumi itu bulat atau tidak.
Beliau mendapati bumi itu bulat, ini bermakna dia bertentangan dengan pendapat gereja kerana kepercayaan gereja ketika itu adalah bumi itu leper, Justeru, dia ditangkap kerana berbeza pendapat dengan pihak gereja.
What you see is what you get
Cerdik pandai pernah mengatakan"Cara kita melihat menentukan siapa kita".
Benarlah begitu, kerana seseorang yang menjadikan suasananya positif pasti akan melihat semua perkara adalah positif.
Hadapilah perbezaan pendapat dengan senyuman nescaya  masalah itu pasti  senyum kembali kepada kita.
Sekurang-kurangnya kita tahu bahawa sudut yang kita ketahui sebenarnya mempunyai sudut lain yang belum kita ketahui.
Kadang-kadang kita tidak nampak dalam diri ada kekurangan, dan sebab itulah kita  perlu  teman untuk memberitahu.
Itulah adatnya apabila menubuhkan kerajaan pasti ada pembangkang. Inilah fungsinya.
Kerajaan yang tidak mampu menerima kritikan pembangkang adalah kerajaan yang lemah!.
Kesimpulan
Jadilah manusia yang  cerdik dalam  member pendapat dan juga menerima  perbezaan pendapat.
Lihat sahaja Umar dan Abu bakar, dua sahabat Nabi yang sangat di hormati, mereka  dapat menerima antara satu sama lain walaupun mempunyai banyak perbezaan pendapat.
Mereka adalah manusia yang cerdik dan pintar.
Seharusnya orang yang ingin menjadi cerdik dan pintar mencontohi  akhlak mereka.
Mengakui kelemahan diri itu sebenarnya bukan hina malah itu lah sifat hamba yang soleh.
Sebenarnya musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.
Orang lain tidak mampu membuat kita risau kecuali diri kita sendiri yang membuatnya risau.
Ikhtilaf - perbezaan pendapat

Sunday, October 24, 2010

Ikhlas


Ikhlas ialah kedudukan paling tinggi selepas iman. Ikhlas adalah rahsia Tuhan sehinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia juga adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.
Terdapat para sahabat yang apabila mendengar tentang ikhlas mereka akan menangis. Mereka berasa tidak selamat dan tidak mungkin dapat memperolehi Ikhlas kerana begitu tingginya nilaian untuk mendapat sifat ikhlas.
Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Sesiapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas maka secara automatik keikhlasannya terbatal.
Contoh-contoh yang dikatakan mengaku ikhlas ;
Membantu seseorang sambil berkata,
" Ambillah, saya ikhlas. "
Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak,
" Saya tolong awak ini ikhlas tetapi sedih kerana awak menolak. "
Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan,
" Yang Ikhlas " atau " Yang Benar "
Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Tiada sesiapa yang mengetahui yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada sesiapa yang berhak mengaku ikhlas. Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.
Erti Ikhlas :
Murni, bersih, jenisnya sahaja dan tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung kerana apabila sudah bercampur dengan benda lain ianya sudah tidak tulen lagi.
Begitulah dalam beramal, solat, zakat, membaca Al-Quran, mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar semuanya semata-mata kerana Allah: kerana suruhan-Nya kerana keredhaan-Nya kerana arahan-Nya kerana mentaati-Nya kerana patuh pada-Nya.
Jadi, perkara di atas adalah dari sebab atau kerana-Nya yang satu. Tujuannya hanya satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Mengabdikan diri kerana Allah dan tidak dicampur atau bercampur selain Allah. Itulah ikhlas, dorongannya hanya satu.
Sekiranya niat atau dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain selain Allah seperti riak, megah, glamor, pangkat, takut orang tidak suka, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka keikhlasannya telah ternoda.
Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar.
Khususul Nafs :
kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.
Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:
  •  awal
  •  pertengahan
  •  akhir
Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata ;
" Inilah masanya nak jadi popular. "
" Aku akan jadi terkenal. "
" Dengan ceramah ini dapatlah duit poket. "
Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.
Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata ;
" Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis. "
Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata ;
" Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis. "
Waktu itu maka datanglah rasa riak hingga lupa semuanya itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah, tiba-tiba apabila siap sahaja rumah itu runtuh menyembah bumi.
Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab mempunyai rasa riak. Sifat takwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.

Saturday, October 9, 2010

Teguran Itu Penting Dalam Kehidupan

"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain."
Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah.
Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Membina dan Meroboh
Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.
Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang memerlukan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta  teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.
Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur
Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya.
Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.
Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur
Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.
Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".
Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?

Ingat..
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.
Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.
www.iluvislam.com

Saturday, October 2, 2010

Manusia..............

Salam mujahadah kpd shbt2 smue...

Bermula pd minggu lepas,mcm2 progrm yg d anjurkan phk kolej khususnye dlm bab akedemik yg d tekankn utk memartabatkan serta mengngkat nme kolej ke arah yg membnggakn.......

Selame prgrm berjalan,mcm2 perangai yg d tonjolkan makhuluk yg bername mnusia...bertambah hairan lg,makhluk yg bernme mnusia nie sibuk mngejar2 utk mndpt kputsan terbaek dlm akedemik...itu adalah sikap yg harus di puji...malahan dgn ilmu kte boleh perolehi ape yg kte inginkan dan ia amat penting utk menguasai dunia!!!!!!!!!!!! seperti mne sejarah telah membuktikan kesarjanaan para cendikiawan2 islam zaman silam,,,,

Tp malangnye.....ade segelintir mnusia yang x menyedari ilmu itu datang dr Allah malah ia jge kepunyaan Allah..!!!!!!!!!!!!! kte sibuk mngejar ilmu tnpa menghiraukan Tuhan yang menciptakan ilmu itu sendiri...
Contoh yg terlalu ketara yg dpt dilihat adalah pelajar2 sngt2 mnjge wktu utk ke prgrm akademik sebaliknye progrm utk solat jemaah diabaikan...malah pelajar yang pintar lg bijak terjebak dlm keadaan ini!!!!!!!!!!mngapa ini berlaku??????????????

TEPUK DADA TANYA IMAN!!!!!!!!!!!

smua perubahn dan kptsan berade d tngn kte..............kte shje yg mampu mngubahnya......wallahualam....

"Sesungguhnye solatKu, ibadatKu, hidupKu, dan matiKu hanya untuk Tuhan sekalian alam"

Wednesday, September 22, 2010

Qailulah@ Tip Elak Mengantuk Selepas Waktu Zohor

Saya percaya ramai para guru dan pensyarah universiti atau pun ustaz-ustazah yang mengajar di masjid atau rumah-rumah mempunyai murid yang sering ‘mengangguk faham’ di dalam kelas-kelas mereka. Lebih-lebih lagi jika waktu mengajarnya ialah selepas waktu Zohor.
Ramai para pelajar pula, secara terpaksa ‘mengangguk-ngangguk’ [baca:tersengguk-sengguk] semasa sesi belajar. Iya… benar… kebanyakannya berlaku tanpa disengajakan. Pelbagai usaha dilakukan untuk mengelakkan rasa mengantuk namun cara manakah yang paling berkesan?
Jika dalam seminar-seminar, peserta dibekalkan gula-gula berangin bagi menghilangkan rasa mengantuk. Tidak kurang juga, para penceramah yang minta peserta buat senaman ringkas seperti berdiri seketika.
Daripada permasalahan yang sering berlaku tanpa sempadan ini, Islam sekali lagi menonjolkan kesempurnaannya sebagai ‘The Way of Life’ dalam mengatur perkara ini.
Apakah ubat mengantuk di siang hari yang paling berkesan? Kopi radix secawan? Nescafe panas segelas? Jawapannya ialah T I D U R.
Tidur yang dimaksudkan ialah tidur sebentar di waktu tengahari sebelum masuk waktu Zohor. Tidur ini tidak memerlukan masa yang panjang. Memadai sekadar 10 hingga 15 minit, ia sudah cukup memberi kekuatan dan kesegaran pada tubuh badan, malah ia juga menjadi rahsia badan cergas di malam hari untuk seseorang muslim bangun bertahajjud. Tidur ini menjadi kebiasaan kepada sesetengah individu yang mementingkan kesihatan, produktiviti dan kesegaran. Amalan ini merupakan sunnah Rasulullah s.a.w yang telah diiktiraf oleh ahli sains di zaman ini. Amalan tidur begini dinamakan ‘Qailulah’.
Kitab ‘Misykatul Masabih’ menyebut salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi,
“Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah SallAllahu Alaihi wasallam ada melakukannya.”

Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ pula berkata,
“Hendaklah seseorang tidak meninggalkan ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor.”
Seorang muslimah menceritakan pengalamannya menjadi pelajar di pusat pengajian tinggi. Katanya,
“Saya sering mengantuk di dalam kelas selepas waktu Zohor. Suatu hari, saya mengetahui tentang tidur sekejap sebelum waktu Zohor. Ia dinamakan qailulah. Saya mendapat tahu bahawa ia adalah amalan Rasulullah s.a.w. Saya meyakini setiap sunnah Nabi s.a.w adalah baik diikuti oleh ummahnya dan tentu ada kebaikan pada amalan tersebut.
Lalu saya cuba amalkan tidur sekejap yakni sekitar 10 hingga 15 minit sahaja sebelum waktu Zohor. Alhamdulillah, selepas itu saya dapat hadir ke kelas dengan rasa cergas dan tidak lagi mengantuk seperti selalunya”.
Amalan Qailulah ini bukan sahaja memberi kecergasan kepada jasmani dan minda, bahkan ia sangat efektif dalam menguruskan masa kerana ia tidak memerlukan tidur berjam-jam sebagaimana tidur siang kebanyakan orang hari ini.
Cikgu Nor Red (Nama asalnya Mohd Nor bin Merah, tapi dikenali sebagai Nor Red di sekolah), seorang guru sejarah pernah berpesan kepada kami di dalam kelas,
“Kalau tidur petang-petang tu… kali pertama sedar kena terus bangun. Kalau sambung lagi tidur selepas itu, mata akan sering mengantuk dan badan juga terasa letih dan lesu”.
Pengalaman penulis sendiri mengakui kebenaran nasihat Cikgu Nor Red di atas dan juga Qailulah sunnah Rasulullah s.a.w. Tidur petang terutama dekat waktu Asar dan selepas Asar bukan sahaja akan memaksa kita tidur lebih lama, bahkan akan membuatkan badan terasa letih tidak bermaya untuk meneruskan rutin harian. Fikiran juga seperti kosong dan hambar sahaja.
Berbeza dengan Qailulah, ia benar-benar tidur yang sekejap tetapi sangat efektif untuk otak dan badan. Kadang-kadang tidak sampai pun 10 minit terlelap. Apa yang penting, selepas sedar terus bingkas bangun dan sambunglah tugasan harian anda.
Ada pandangan yang menyatakan waktu Qailulah ialah selepas Zohor namun menurut pengalaman penulis, tidur sebelum waktu Zohor dan selepasnya ada perbezaan. Waktu untuk Qailulah ini adalah selepas masuk waktu Dhuha hingga sebelum Zohor.
Waktu Kerja dan Persekolahan di Malaysia
Mungkin ada antara kita yang mahu amalkan Qailulah ini namun terikat dengan waktu kerja atau belajar. Pelajar muslimah yang melakukan Qailulah dalam cerita di atas mengatakan dia akan mengambil sedikit masa untuk tidur sementara menunggu masuk waktu Zohor. Kelas yang perlu dihadiri ada di waktu pagi dan ada selepas Zohor. Lagi pun, biasanya waktu itu adalah masa rehat bagi pekerja amnya. Daripada berbual kosong, lebih baik Qailulah, pahala dapat, badan pun cergas.
Memasukkan Qailulah Dalam Tentatif
Saya ingin mengingatkan diri sendiri agar menerapkan amalan Qailulah ini pada anak-anak. Jika hari persekolahan, tidak mungkin mereka berbuat demikian, maka hari cuti adalah pilihan terbaik.
Ok… sama-sama kita manfaatkan petua yang baik ini, insya Allah.