"MeNgeMuDi PeLaYaRaN BerPAkSikAn SyaRia'T "

Tuesday, September 21, 2010

.:: Hiburan dan Musik menurut Islam ::.

 
بسم لله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه ومن تبعه باحسان الى يوم الدين , أما بعد
Nyanyian/Muzik ( hiburan ) adalah sebahagian daripada kebaikan Duniawi yang harus dinikmati.Nyanyian yang lunak adalah santapan jiwa manusia, menyegarkan otak dan disukai oleh pendengaran. Ia adalah kelazatan bagi telinga sepertimana makanan yang menjadi kelazatan bagi mulut dan perut; Pemandangan yang indah menjadi kelazatan bagi mata; bauan yang harum menjadi kelazatan bagi hidung dan sebainya.
Syarah: Ini adalah hujah mantik atau logika fitrah; Kenapa untuk memenuhi perut kita, kita sentiasa mencari makanan yang lazat-lazat? begitu juga manusia amat tergerak untuk melancong, menjamu matanya dengan pemandangan yang mengasyikan; begitu juga mereka gemar menghidu bau-bauan yang harum bak kesthuri; kenapa kita lupa kepada telinga; dia juga berhak mendengar yang baik dan lazat-lazat berupa nyanyian merdu dan alunan musik yang menenangkan jiwa dan aqal....

Adakah perkara-perkara yang baik dan lazat ini haram bagi Islam?!

Kami mendatangkan beberapa dalil Qur'ani:
Umat Islam, umat akhir zaman diberi banyak keistimewaan dan pelepas berbanding umat yang terdahulu... Memang, umat Yahudi memang kita sedia maklum telah diharamkan Allah sebahagian besar daripada kelazatan duniawi ke atas umat Yahudi lantaran kekufuran mereka:

Firman -Nya dalam surah Nisa': 160-161 (maksud):

"Maka disebabkan kezaliman yang amat besar dr perbuatan orang-orang Yahudi, Kami (ALlah) mengharamkan atas mereka makanan yang baik-baik yang pernah dihalalkan bg mereka, dan disebabkan mereka banyak menghalang manusia dr jalan Allah. dan juga disebabkan mereka mengambil riba' pada hal mereka telah dilarang melakukannya, dan disebabkan mereka memakan harta orang lain dengan jalan yang salah..."

Umat Yahudi dan Kristian amat dengki lantaran keistimewaan yang dilimpahkan keatas umat Muhammad. Lama sebelum Rasulullah saw diutus, kitab-kitab tua samawi telah menceritakan dengan detail akan risalah Muhammadiah ini dan intisari ajarannya:

Firman Allah di dalam surah al A'araf: 157 (maksud):
"...yang mereka dapati tertulis( nama Muhammad dan sifat-sifatnya) dalam Taurat dan Injil (Torah and Bible) yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik dan melarang mereka drpd mengerjakan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dr mereka beban-beban dan belenggu yang ada pada mereka.. "
Setiap benda yang baik lazimnya halal; Oleh itu SETIAP PERKARA yang BAIK dipandang oleh JIWA danamp; AKAL manusia yang sejahtera adalah HALAL sebagai kerahmatan kepada umat Islam ini dan juga kerana kesyumulan, kelengkapan, dan keberkekalan risalah Islam.

Firman Allah di dalam surah al-Maaidah: 4 (maksud):

"Mereka bertanya kepadamu:Apakah yang dihalalkan bagi mereka?Bagi menjawabnya katakanlah:Dihalalkan bagi kamu yang lazat-lazat serta baik. "

Hak Halal/Haram adalah milik mutlak Allah: TIDAK BERHAK BAGI MANUSIA mengHARAMkan untuk diri mereka sendiri atau orang lain perkara-perkara yang baik yang telah direzkikan walaubagaimana baik sekali niatnya. Hak mutlak menghalal/mengharam sesuatu adalah milik Allah saja:

Firman Allah s.w.t di dalam surah Yunus;50 (maksud)
Katakanlah:' Sudahkah kamu nampak baik buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfa'at kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian drpdnya haram dan sebahagian lagi halal?Katakanlah lagi (kpd mereka):Adakah Allah mengizinkan kepada kamu hanya mengada-ngadakan secara DUSTA terhadap Allah?"

Sesiapa yang memandai-mandai dalam isu halal/haram dimurkai Allah:
Firman Allah di dalam surah al-An'am: 140 (maksud)
"Sesungguhnya merugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka kerana kebodohan lagi tidak berilmu (sedang Allah memberi rezki kepada sekelian makhluk); dan rugilah (mereka) yang mengharamkan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada mereka dengan berdusta terhadap Allah. Sesungguhnya sesatlah mereka dan tiadalah mereka mendapat petunjuk."

Sahabat-sahabt yang membaca,
Justeru, dari apa yang kita lihat dari penelitian Fadilat Sheikh Dr. Yusof Al-Qardhawi, selagi mana satu-satu kelazatan (hiburan) itu tidak melalaikan maka ianya dibolehkan. Seterusnya saya melihat kepada perumpamaan yang dibawa oleh Hujjatul Islam Imam Ghazali r.a, yang mana beliau mengumpamakan hiburan itu seperti wajah yang putih bersih, namun ia akan bertambah cantik sekiranya ada sedikit tahi lalat.Akan tetapi, wajah yang cantik itu tadi akan menjadi hodoh sekiranya tahi lalat yang tumbuh terlalau banyak. Begitulah hakikatnya sudah menjadi fitrah manusia yang sukakan hiburan walaupun sedikit untuk menyegarkan fikiran. Sebaliknya sekiranya manusia menjadikan hiburan sebagai satu aset yang begitu penting, ia akan membawa kepada kerosakan seperti keruntuhan moralm khususnya golongan remaja.

Menerusi manusia yang kini berfikiran tinggi dan berwawasan, mereka sering menimbulkan persoalan yang besangkut paut dengan hiburan antaranya ialah " apakah mendengar nyanyian itu adalah haram?", untuk menjawab persoalan itu Imam Ghazali telah menyatakan beberapa sebab yang membawa nyanyian tersebut menjadi haram. Antaranya ialah:
1. Berkenaan Dengan Si Penyanyi
Situasi yang pertama ialah yang memperdengarkan nyanyian tersebut adalah wanita yang tidak halal bagi lelaki memandangnya kerana dikhuatiri timbul fitnah akibat mendengar nyanyiannya dan timbulnya nafsu syahwat yang bermula daripada pandangan dan alunan suaranya. Keadaan ,ini memberi kesan yang amat bahaya kerana ia adala bibit-bibit bermulanay penzinaan yang diharamkakan ;oleh Allah Taala. Maka sudah sepatutnya perkara ini diambil berat dan dibatasi pengharamnya.

2. Alat Muzik
Manakala perkara yang kedua adalah berkaitan dengan alat-alat muzikyang digunakan dalam sesuatau nyanyian, iaitu alat-alat muzik yang bersimbolkan orang yang kaki arak atau orang yang menyerupai wanita seperti seruling, gitar dan yang lain-lainnya. Namun selaindari itu tetap pada hukum asalnya ialah harus seperti rebana,kompang, tambur dan terompet.

3. Lirik lagu
Penghalang ketiga adalah lirik lagu atau kandungan suara. Sekiranya lirik tersebut mengandungi perkataan yang buruk, .keji, cacian atau perkara yang mendustakan Allah dan Rasul-Nya atau para sahabat dan sebagainya. Begitu juga lirik tersebut menggambarkan bentuk tubuh wanita yang haram padanya .
Wa 'alal hasil, hiburan itu tidak salah, tersalah pilih itulah yang salah. Jangan kita berhibur tanpa memikirkan kesan-kesan yang akan berlaku, tetapi berhiburlah untuk menunjukkan islam itu adalah agama yang syumul dan indah. Jesteru itu, terpulanglah pada diri sendiri untuk menilai sejauh mana baik buruknya dalam kita menentukan hiburan yang telah kita pilih. Apabila kita menyedari bahawasanya boleh untuk kita berhibur maka akan wujudlah pertanyaan dengan alatan yang bagaimana pula yang dibenarkan?. Pada kita membicara mengenai alatan yang dibenarkan padanya ada khilaf para ulama.

Alatan musik yang dibenarkan untuk dimainkan,

Al marhum Syaikh Mahmud Syaltut, bekas rektor al Azhar dalam koleksi Fatwanya, alFatawa (terbitan Darul syuruq, Cairo. 1960) ms 355-359 menjelaskan dengan tegas empat perkara tentang muzik:

Pertama:
Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama (hukumnya) dengan merasa makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui adalah semuanya keseronokan naluri yang dianugrahkan Tuhan kepada manusia. Semuanya memberi kesan menenangkan fikiran apabila kepenatan jasmani dan memberi kesan dalam memulihkan semula tenaga. (Syaikh Syaltut menggunakan hujah Imam alGhazali dalam Ihya Ulumiddin, Jld 2, pg 208.)

Kedua:
AlQur'an yang mendasari segala peraturan dan perundangan di atas dasar kesempurnaan dalam Tujuan sentiasa menjaga supaya tidak berlaku keterlaluan dipihak yang tidak menggunakan muzik dan pihak yang menggunakan muzik secara berlebihan. Islam mahukan kesederhanaan.

Ketiga:
Fuqaha' terdahulu membenarkan musik apabila mempunyai konteks yang sesuai seperti muzik iringan ke medan perang, hajji, perkahwinan, perayaan id. Mengikut fuqaha' Hanafi muzik yang dilarang ialah dengan bersyarat jika ia bercampur dengan sebutan alkohol, gadis penyanyi, fusuq, perzinaan dan keberhalaan. Aku (Syaltut) berpendapat larangan terhadap muzik adalah berdasarkan kpd konteks dan iringannya dengan yang lain dan bukanlah suatu reaksi terhadap muzik itu sendiri.

Keempat:
Sheikh Syaltut ra memberi amaran bahawa sesiapa yang berani melarang sesuatu perkara yang tidak jelas dilarang oleh Allah.
Dalilnya ialah firman Allah dalam surah al A'raf: 32-33 (maksud):

"siapakah yang berani mengharamkan perhiasan drpd Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan rezki yang baik-baik?..... "hingga akhir.

Kesimpulannnya:
Secara 'amnya muzik dibenarkan, jika ada larangan terhadapnya adalah kemalangan atau pengecualian disebabkan perlaku penyalahgunaan terhadap muzik itu sendiri.

Hukum mengenai muzik, pemuzik dan alat muzik mengikut Hujjatul Islam alGhazali (Ihya' Ulumidin, vol 2, pg 283-301) menjelaskan ada tiga komponen penting yang mempengaruhi hukum muzik yang mungkin berubah dari masa kesemasa: zaman, makan dan ikhwan.
'Zaman' merujuk kepada masa, apakah muzik itu melalaikan daripada jihad dan ibadah.
'Makan' merujuk kepada suasana, situasi, occasion atau upacara di mana muzik itu dipersembahkan.
'Ikhwan' merujuk kepada aktiviti muzik itu; jika dengan muzik itu boleh menyebabkan mereka terdedah kepada manusia yang jahat atau membawa kepada kejatuhan moral.
Menurut Imam al-Ghazali r.a inilah tiga komponen yang menjadi neraca bagi muslim di setiap zaman menghukum muzik: zaman, makan dan ikhwan.

Berbalik kepada soalan asal: apakah alat muzik yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan dalam Islam?

Imam Al-Ghazalir.a menjelaskan (Ihya' Ulumiddin, vol2, pg 271-272): tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah yang melarang alat-alat muzik bahkan setengah alat muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, ia tidak lebih daripada seperti kemerduan suara burung. Ianya dilarang jika ada hubungan atau dikaitkan dengan kumpulan peminum arak, homoseks dan lain-lain yang dilarang.

Menurut Prof Lamya' hukum hudud Islam jika seseorang didapati mencuri alat muzik ini berbedza-bedza mengikut madzhab. Misalnya menurut Syaikh Ibn Abu Zaid al Qairawan, Bakhurah alSa'ad menjelaskan pencuri alat muzik tidak boleh dipotong tangannya. Imam Syafi'iy dalam al Umm menjelaskan seseorang yang didapati bersalah memecahkan peralatan muzik tidak boleh dihukum. Manakala menurut sebahagian ulamak sesiapa yang memecahkan seruling atau sebarang alat muzik, ia layak dkenakan hukuman kerana menjual peralatan muzik itu sah di sisi undang-undang Islam.

Kesimpulan dan tarjih:

Menurut Fatwa Syaltut, muzik adalah harus selagi bukan untuk tujuan melalaikan dan maksiat
Menurut Imam Al-Ghazali r.a, tidak ada perincian syara' tentang peralatan muzik yang halal dan haram. Ia bergantung kpd zaman, makan, dan ikhwan; mana-mana alat muzik yang baik dan lunak di dengar adalah harus, dan mana-mana alat muzik yang jelik dan dihubungkan dengan kumpulan manusia yang jahat akhlaknya adalah ditegah.
Hukum muzik, pemuzik dan peralatan muzik akan sentiasa berubah mengikut keadaan umat dan ulamak semasa.
Semoga pada sekalian yang membaca tidak mudah kita menghukum manusia dengan mengatakan sesuatu yang tidak haram secara asalnya kerana itulah yang dilarang keras oleh Allah s.w.t. Artikel ini saya muatkan demi menjawab sekitar permasalah saudara saya yang dipandang serong hanya kerana musik. Ingatlah sekalian sahabat dan saudaraku. Asas Islamlah yang wajib dijaga iaitu dengan mengekalkan kesatuan "La Ilaha Illa Allah". Semoga yang kurang dari artikel ini ada yang dapat membantu untuk menambah dan sekiranya ada kesalahan di dalamnya ada yang mampu untuk membetulkan...tiada lain yang lebih saya harapkan untuk kalian tetap mengatakan yang Haq itu Haq dan yang Batil itu Batil.
-Wallahu a'lam-

No comments:

Post a Comment