"MeNgeMuDi PeLaYaRaN BerPAkSikAn SyaRia'T "

Wednesday, September 8, 2010

Ramadhan... Ia Akan Berlalu Pergi...





Tinggal sehari sahaja lagi, Ramadhan bakal melabuhkan tirainya. Bagaimanakah diri kita selepas ditarbiyah di bulan yang paling baik di antara semua bulan ini? Adakah kita mendapat malam lailatul qadar yang lebih baik daripada 1000 bulan itu?


Sama-sama kita koreksi diri kembali.


Bagi mukmin yang berjaya dengan cemerlangnya, dirinya berjaya ditarbiyah di bulan ini. Juga lebih menggembirakan jika mukmin itu mendapat malam lailatul qadar. Dan yang terlebih gembira jika amalan-amalan di bulan Ramadhan ini dapat diteruskan di bulan-bulan lain juga. Inilah hikmahnya Ramadhan kepada yang betul-betul menghayati, Ramadhan yang mendidik hati dan nafsu mukmin daripada yang kurang kepada yang lebih baik, insyaAllah.


Bagi setengah mukmin yang lain pula, dirinya berjaya beramal dengan sebaik-baiknya di bulan Ramadhan, namun tidak terus istiqamah di bulan-bulan yang seterusnya. maka, kembali lalai mukmin itu.


Bagi setengah mukmin yang rugi, mereka berpuasa, namun masih tidak solat, masih melakukan perkara mungkar. Puasa mereka tidak berjaya mendidik diri dan hatinya.


Ada pelbagai golongan lagi, cumanya, tidak perlu kita mencari semuanya, cukuplah kita koreksi diri kita. Dimanakah kita? Adakah puasa kali ini betul-betul dapat mendidik nafsu kita. Tinggal sehari sahaja lagi, kita bakal berpisah dengan bulan Ramadhan ini. Insyaallah, Setahun lagi ia muncul kembali,adakah kita masih akan diberi nikmat kesihatan ini, nikmat waktu lapang ini dan nikmat hidup ini untuk terus beribadah hanya padaNYA.


Walaupun Ramadhan hanya berbaki sehari, sama-samalah kita rebut peluang yang ada. Masih ada kesempatan waktu. Sama-sama kita muhasabah perjalanan Ramadhan kita kali ini.


Esok, di malam Hari Raya, sama-samalah kita bertakbir, kerna Allah tidak mematikan hati mukmin yang menghidupkan malam raya.


Sampai di sini saja, moga tazkirah ringkas ini memberi manfaat kepada diri ana sendiri juga kepada semua yang membaca. Setiap yang kurang adalah kelemahan ana sendiri, yang baik semuanya adalah datang dariNYA.


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.


No comments:

Post a Comment